Sahabat

Friday, September 28, 2012

*Ingin*

Ya Allah , aku ingin dia yang dulu. Mana mungkin.

Thursday, September 27, 2012

*Jagalah hubungan dengan Allah*

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani, setinggi syukur ke hadrat Allah SWT atas limpah dan kurniaNya kita dapat bertemu lagi dalam kalam kali ini bersama satu kupasan iaitu “Jom Repair Hubungan?” Sebagai pembuka kalam kali ini, ayuh kita hayati sebuah hadis ini, 
Daripada Abu Abbas, Abdillah bin Abbas r.a berkata: Saya pernah berada di bealakang Nabi SAW pada suatu hari, maka Baginda bersabda yang bermaksud,“Wahai anak, saya hendak mengajarimu beberapa kalimah: Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu, jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya bersamamu, jika engkau meminta, mintalah kepada Allah, jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah. Ketahuilah bahawasanya, jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu, dan jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu. Telah diangkat kalam dan telah kering tinta (dakwat) lembaran-lembaran itu (tintanya).” (Hadis Riwayat Ahmad no. 2669, al-Tirmizi no.2516 dan al-Hakim no.6302) 
Jika dihayati dan telusuri sejenak makna di sebalik hadis ini, maka dapat kita fahami setiap apa yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis ini. Secara kesimpulannya, mempunyai 7 wasiat Nabi SAW yang boleh kita jadikan iktibar dan panduan dalam kehidupan kita. 
Pertama: Jagalah Allah nescaya Allah menjagamu 
Sebagai hambaNya kita perlulah beramal keranaNya dengan penuh ketaatan iaitu dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Jika melakukan sedemikian, maka sudah pasti Allah akan menjaga kita sama ada di dunia mahupun di akhirat. Hadis ini memberikan satu suntikan motivasi agar kita selalu menjaga batasan-batasan dan selalu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat. 
Kedua: Jagalah Allah nescaya engkau mendapati-Nya bersamamu 
Definisi ‘jagalah Allah’ adalah sama seperti huraian sebelum ini. Allah SWT memberikan petunjuk kepada setiap amal kebaikan yang kita lakukan dan membawa kita untuk sentiasa mendekatiNya. Inilah impak yang akan kita peroleh sekiranya kita melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Jika kita menolong agama Allah ini maka Allah akan menolong dan meneguhkan kedudukan kita selaras dengan firmanNya dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud, “Wahai orang-orang Mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” 
Ketiga: Jika engkau meminta, mintalah kepada Allah 
Ini adalah suatu isyarat bahawa kita sebagai hambaNya tidak boleh menyandarkan sesuatu perkara itu kepada selain daripada Allah SWT. Kita mesti bertawakal kepadaNya dalam segala urusan kerana hanya Allah SWT sahaja tempat untuk kita mengadu pada saat kita menghadapi masalah. Firman Allah SWT dalam surah al-Talaq ayat 3 yang bermaksud, “Dan sesiapa bertawakal kepada Allah, maka Allah pasti akan memberinya kecukupan.” Jika kita ditakdirkan meminta kepada makhluk berkenaan dengan perkara yang kita tidak mampu lakukan, maka itu hanyalah sebagai sebab atau cara sahaja, tidak lebih daripada itu. Allah menciptakan sebab itu maka hanya Allah sahaja tempat untuk berserah diri. 
Keempat: Jika engkau meminta tolong, mintalah tolong kepada Allah 
Rasulullah SAW berpesan kepada Ibn Abbas dan kita semua agar tidak meminta pertolongan selain daripada Allah SWT. Hanya Allah yang memegang kekuasaan di seluruh kerajaan lagit dan bumi. Sekiranya kita memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan hati yang ikhlas dan bersih serta meletakkan segalanya kepadaNya, maka Allah akan menolong kita. 
Kelima: Jika umat manusia bersatu untuk memberimu manfaat dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu 
Jika seluruh umat manusia bersatu bagi memberi manfaat kepada kita, maka mereka tidak akan mampu memberi manfaat sedikit pun kepada kita kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada kita. Sehubungan dengan itu, kita perlu yakin bahawa manfaat yang manusia perolehi adalah berasal daripada Allah kerana tidak ada seorang makhluk yang mampu memberi manfaat mahupun mudarat kepada kita kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan kepada diri kita. 
Keenam: Jika mereka bersatu untuk mencelakakanmu dengan sesuatu, mereka tidak akan dapat melakukannya kecuali dengan sesuatu yang telah Allah tetapkan bagimu 
Setiap yang berlaku dalam hidup kita merupakan qada’ dan qadar daripada Allah SWT. Oleh itu, kita perlu reda pada setiap qada’ dan qadar daripadaNya. Mudarat yang hadir dalam hidup kita adalah suatu ketetapan daripada Allah SWT kepada kita. 
Ketujuh: Telah diangkat kalam dan telah kering tinta(dakwat) 
Segala yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sudah selesai. Kalam diangkat dan lembaran-lembaran menjadi kering. Tiada ganti terhadap kalimat yang Allah telah tetapkan. 
Konklusinya, kita sebagai hambaNya perlulah sentiasa menjaga hubungan kita dengan Allah SWT dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki hubungan kita denganNya agar kita tergolong dalam kalangan orang yang bertakwa dan soleh. Dalam meniti travelog kehidupan ini, kita perlulah memanfaatkan masa dengan sebaiknya tanpa melakukan sebarang perkara yang sia-sia selaras dengan sebuah hadis, daripada Abu Hurairah r.a berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sebahagian daripada tanda baiknya (kualiti) keIslaman seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.” (Hadis Riwayat al-Tirmizi no.2318, 2319, Ibn Majah no.3976, Ahmad no.1732 dan al-Baihaqi) 
Di samping itu, kita hendaklah sentiasa bersabar atas segala ujian dan musibah yang hadir dalam hidup kita kerana semua itu adalah ketetapan daripada Allah SWT. Ketahuilah kemenangan hanya akan diperolehi dengan kesabaran. Sesungguhnya travelog dalam membawa risalah Islam ini memerlukan kita agar sentiasa bersabar kerana tagihannya amat mahal iaitu ganjaran syurga yang kekal abadi. 
Setakat ini sahaja untuk kalam kali ini, semoga kita secara bersama mengambil manfaat daripada kalam kali ini. Jom repair hubungan dengan Allah!! Wallahuaklam. 
“Semakin hampir dengan Allah, semakin terjaga hubungan dengan manusia” 

source:http://www.ilmi-islam.com/jom-repair-hubungan/ 

Wednesday, September 19, 2012

*Sahabat*

Assalamualaikum =)


~12 Sifat Sahabat~

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.


3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan



Footnote: Sahabat yang baik adalah apabila kamu dengannya, dia akan buat kamu mengingati Allah.
Awak pernah jumpa sahabat sebegini? saya sedang cuba jadi begini. salam ukhwah fillah sahabat

Monday, September 17, 2012

*Kenapa perempuan sekarang suka memakai baju ketat?*


Assalamualaikum =)

Pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. kita selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga kita bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”

1. Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi

Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal. Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut !

2. Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang memang tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.

3. Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.

4. Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?

5. Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. senang cerita dua2 salah...sama2 membawa image Islam dan melakukan maksiat...nauzubillahiminzalik...



Friday, September 14, 2012

*Saya cube..Menguatkan ingatan*


Lupa? Tidak pernah asing dalam hidup kita. Hatta benda penting pun kita boleh lupakan. Termasuklah diri ini.Hanya sebagai perkongsian untuk di amalkan.

Jawapan kepada soalan ini dijawab oleh Sheikh Muhammad Saleh
Al-Munajjid, seorang ulamak, pensyarah dan penulis daripada Arab Saudi
seperti yang dipetik daripada IslamOnline.net

Soalan: Apakah amalan untuk menguatkan ingatan mengikut Al-Quran dan Sunnah
Jawapan:
Sifat lupa ialah sesuatu yang semulajadi dalam diri manusia, lantaran
itu manusia di sebut Insan, sebab sifat pelupa ini. Selalunya, ia
berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain mengikut perbezaan
dalam kekuatan memori yang telah diciptakan Allah untuk hambanya.

Pepatah Arab menyebut ia dipanggil manusia (insan) sebab kelupaannya (nisiyan)Ia dipanggil hati (al-qalb) sebab ia cepat berubah (yataqallab)

Sifat
pelupa ialah sesuatu yang berbeza tahapnya antara individu dengan
individu yang lain. Antara cara untuk mengatasinya ialah:

1. Jauhi daripada dosa
Dosa
membawa kesan yang buruk kepada ingatan/memori dan kemampuan untuk
mengingati ilmu. Kehitaman dosa tidak dapat wujud sekali dengan
kecerahan ilmu. Perkataan berikut diambil daripada Imam Syafie:"Saya
mengadu kepada guru saya, Wakee' mengenai masalah ingatan saya. Dia
memberitahu agar menjauhi daripada dosa dan maksiat. Dia berkata: Ilmu
Allah adalah cahaya, dan cahaya tidak diberikan Allah kepada pendosa."

Al-Khateeb
menulis dalam Al-Jamie yang Yahya Ibn Yahya berkata: "Seorang lelaki
bertanya kepada Malik bin Anas; Wahai Abu Abdullah, apakah yang dapat
memperbaiki ingatan saya?. Malik berkata: "Sekiranya ada yang dapat
memperbaikinya, maka ia adalah menjauhkan diri daripada dosa".

Apabila
seseorang membuat satu dosa, ia akan menenggelamkan pelakunya dalam
perasaan bimbang dan bersalah, dan ini akan membuatnya sentiasa sibuk
memikirkan akan perbuatannya itu. Ini akan menariknya daripada banyak
perkara-perkara berfaedah, termasuk mencari ilmu dan pengetahuan.

2.
Selalulah mengingati Allah dengan berzikir dan membaca Al-Quran. Allah
berfirman "Dan ingatilah Tuhan mu (Allah) ketika kamu terlupa"
(Al-Kahf: 24)

3. Tidak makan terlalu banyak.
Kerana makan
terlalu banyak akan membuatkan seseorang mengantuk dan malas selain
menambahkan penyakit. Kebanyakan daripada penyakit datang daripada
makanan dan minuman.

4. Makan kismis dan madu
Sesetengah
ulama menyebut beberapa jenis makanan yang dapat menambahkan ingatan
seperti madu lebah dan kismis.Imama Az-Zuhri menyebut "Kamu patut
mengambil madu sebab ia baik untuk memori.....Barangsiapa ingin
menghafal hadith, ia patut memakan kismis"Ada juga yang menyebut,
mengambil banyak makanan yang berasid adalah penyebab kepada kemalasan
dan lemah ingatan.



Tambahan tips di atas, antaranya ialah:

Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka tidur lewat atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat. Keletihan hanya akan mengganggu maklumat/data yang telah disimpan oleh otak dan juga menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg cukup di malam hari kerana ia dapat membantu daya ingatan kita berfungsi.

Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi seseorang yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak dapat berfikir dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu, kawal tekanan anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran, yoga, sauna, aromaterapi dan sebagainya.

Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan kita. Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya ada yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.

Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah ke otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan senaman walaupun sekadar berjalan kaki.

Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan ia turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat, konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.

Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau menghadiri ceramah dan motivasi.

Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda. Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah jenis permainan yang mencabar minda.

Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat meluaskan pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya ingatan. Cuba ingat sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.

Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat tersebut.

Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu, contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.

Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.

Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.


Nota:Insyaallah di permudahkan.Aamiin

Monday, September 10, 2012

*Permanent head damage*

Assalamualaikum..

Nota:Bicara dari seorang pensyarah

Untuk semua rakan-rakan dan mereka yg membaca di ruangan ini.sekadar ingin berkongsi sedikit pengalaman hidup.Jika ada yang boleh dijadikan sempadan dan tauladan atau pengajaran dan cabaran

pelajar2 saya sering berkata ke
pada saya.."dr, bestnya ada phd kan..bestnya jadi pensyarah.. tentu gaji pensyarah besarkan?" itulah yang sering diucapkan kepada saya. dan akhirnya satu hari, saya bertanya di dalam kelas, "boleh tak saya nak ambil masa kamu nak cerita sikit?" semua pelajar saya menjawab serentak "Boleh.." Hari ni saya nak ceritakan pengalaman saya buat phd.. (sambung pelajaran utk dptkan phd).dan mereka meletakkan pen dan pensil utk mendengar cerita saya.

" saya buat phd atas 2 sebab. pertama, memang itu cita2 saya. keduanya, kerana polisi universiti yang menwajibkan setiap pensyarah mesti memiliki ijazah phd. Ada org kata phd..penyakit hasad dengki. tapi bagi kami, phd adalah "permanent head damage" .

pelajar2 saya tergelak besar bila mendengar istilah tersebut. Damage bukan bermakna rosak..tapi nak menunjukkan peritnya liku2 hidup yang terpaksa dilalui utk mendapatkan sekeping ijazah bernama Phd..

Tahun 1997 saya dan suami serta dua org anak ke Birmingham, UK utk melanjutkan pelajaran. suami saya mengambil cuti tanpa gaji selama 3 tahun. Dia menyambung peringkat sarjana dan saya peringkat phd. bermakna anak2 saya akan hidup dengn dua org 'pelajar' yang akan sentiasa sibuk dengan buku2 dan tugasan yang perlu disiapkan.

Hujung 1997, anak2 saya mendapat tahu mereka akan mendapat seorang adik yang akan dilahirkan pd pertengahan 1998.

Bertambah lagi satu cabaran..selama 10 bulan, saya berulang-alik ke universiti di mana saya perlu ambil dua bas atau satu bas dan keretapi utk sampai ke universiti.

saya tnyakan pada pelajar2 saya, boleh tak awk semua bayangkan bagaimana seorang ibu yg pregnant menjadi pelajar? Kalau dibandingkan dengan kamu semua yang masih solo...tinggal dlm kampus, ada bas disediakan.. tapi ada di antara kamu yg masih lewat datang ke kelas?" Pelajar2 saya terdiam...tidak ada lagi bunyi ketawa. mereka faham, saya sedang 'menyindir' sambil bercerita.

Julai 98, saya selamat melahirkan anak ke3..seorang lagi anak lelaki. dan bulan itu juga suami saya menerima ijazah sarjananya. Dia telah selamat tamatkan sebuah episod..tapi perjuangan saya belum selesai. supervisor meminta saya berusaha lebih gigih..supaya lebih cepat siap dan dapat phd.

Waktu malam suami saya bekerja part time di kilang cadbury. agaknya kurang selesa hanya tolg menjaga anak2 semasa saya ke universiti. atau tidak selesa tidak ada pendapatan sndiri. ada masanya saya membaca buku atau menaip tugasan sambil meriba anak saya yang masih bayi..dan suami saya pula melayan dua org anak saya yang waktu itu berumur 7 tahun dan 4 tahun. Saya tanyakan kpd pelajar2 saya.."Susah sangatkah kamu belajar dalam keadaan kamu yg masih bujang? kenapa masih ada yg tidak siapkan tugasan yg diberikan pensyarah?"

Bulan Disember 08..saya telah tempah tiket utk kami sekeluarga pulang ke msia pada bulan April. tujuan utama utk mencari data utk kajian phd saya. saya telah mula mbeli hadiah utk adik2 saya dan saudara mara di kampung. Begitu juga dengan suami yg mencari hadiah utk adik beradik dan keluarganya. Bulan januari 09 saya dikejutkan dgn panggilan telefon drpd adik saya.. memberitahu adik lelaki bongsu saya berumur 15 tahun meninggal dlm kemalangan motorsikal dan van kilang tak jauh dari kawasan kampung.

Allah saja yg tahu, betapa rindunya saya pada adik kesayangan saya. Adik yg saya jaga seperti seorang ibu menjaga anaknya..

dan terngiang2 di telinga saya, adik saya berkata, "Ami dah kurus sekarang..kalau kak long balik nanti mesti terkejut tengok ami..

(dia membahasakan diri dia kami sejak kecil, tapi cuma sebut ami). ikutkan hati..saya ingin terbang pulang hari tu juga.utk menatap wajah adik saya buat kali terakhir. tapi saya tak mampu, apatah lagi tiket2 bulan april dah dibayar sepenuhnya. Seharian saya cuma menelefon, bertanya apa yang berlaku. adik2 saya cuma memberitahu, "

jenazah dah dimandikan.. dah dikafankan dan dah dikebumikan. " 3 hari 3 malam saya menitiskan airmata..saya tidak menelefon ibubapa kerana tidak mahu mendengar mereka menangis. saya hanya bercakap dengan adik2 di kmpg.

Hanya suami menelefon ayah saya dan mengucapkan takziah dan minta bersabar. tapi pada hari adik saya meninggal dunia, saya tetap pergi ke kelas macam biasa. kawan2 bertnya, kenapa tidak rehat saja di rumah? saya memberitahu mereka, kalau saya menangis sampai keluar airmata darah pun..adik saya tak akan hidup semula. lebih baik saya ke kelas..teruskan hidup macam biasa

tapi sepanjang jalan ke universiti airmata saya keluar. saya bertanya kepada pelajar saya.. "kenapa ada di antara kamu yang selalu ponteng kelas hanya kerana masalah kecil? kerana bergaduh dgn boyfriend..hanya kerana putus cinta dengan girlfren..? waktu itu saya lihat ada pelajar2 saya yang dah menitiskan airmata.

selepas 3 hari...saya berhenti menangis. dah kering airmata. dan daripada Januari 1999 hingga tahun 2002 saya tidak boleh menangis. sesedih mana pun..saya tk boleh menangis. Saat itu baru saya tahu betapa menangis itu satu nikmat pemberian Allah kepada hamba2Nya. Terlalu sakit rasanya bila kita tidak dapat menangis. Waktu menziarah kubur adik saya..saya tidak menangis walhal saya amat rindukan dia. Ada satu perkara yg perlu saya ceritakan..semasa di UK setiap kali selepas saya solat, saya akan berdoa.."Ya Allah panjangkanlah umur datukku..(saya dibesarkan oleh nenek dan datuk). Berilah saya peluang utk berjumpa datuk, ayah dn ibu." itulah doa saya setiap hari. saya terlalu bimbang tidak dapat bertemu dengan datuk atau ayah dan ibu. sebb kita selalu berfikir yg tua akan pergi dulu. Bila adik meninggal, saya tersentak. saya tidak pernah berdoa utk adik2 saya..kerana selalu berfikir yang muda akan hidup lebih lama drpd yang org tua.

Allah mengajar saya..saya dapat apa yg saya minta..dapat bertemu dgn datuk, ayah dan ibu. Tapi Allah mengajar saya..jangan lupa org muda juga boleh diambil nyawanya bila2 masa. perasaan bersalah sebab tidak mendoakan adik2..buat saya rasa terduduk.menyesal dan macam2. bila difikirkan, apakah hak saya utk meminta Allah panjangkan umur hamba2Nya..

sebab Allah dah berkata di dalam al-Quran " Bila datang ajal anak Adam, tidak akan lewat atau cepat sesaat pun.." Sejak hari itu..saya cuma berdoa, berikanlah kepada kami semua kebaikan di dunia dan akhirat." lambat atau cepat pulangnya seorang hamba adalah hak Allah utk menentukan. Saya insaf...saya tidak perlu 'mengajar' Allah apa yang patut dilakukanNYa.

sejak itu juga setiap kali pelajar2 saya kata, "dr, tolong doakan saya dapt kerja di perak..tolong doakan saya dpt kerja ini dan itu.."

saya mmberitahu mereka.."Maaf, saya cuma akan doakan utk kamu, berikanlah yang terbaik utk pelajar2 saya."

Allah tahu apa yang terbaik utk kita. kita tidak perlu mengajar Allah.tidak perlu 'memerintah' Allah buat itu dan ini...

Kadang2 apa yang kita rasa baik utk kita tidak semestinya baik..jadi, terima ketentuan Allah dengan hati yang redha.

Note : Kesimpulannya dari artikel ini untuk perhatian saya jugak =)..jadi gunakan masa kita sebagai seorang student sebaik baiknya kerana masa itu cukup berharga dan tidak boleh diulang kembali! 

Wednesday, September 5, 2012

*Bagaimana jika nyawa kita bergantung pada doa orang lain?*

Assalamualaikum..

Sumber:Wan Muhd Ali

Kisah kehidupan yang sangat-sangat bermanfaat:
Roshaizad berusia 38 tahun mempunyai seorang isteri berusia 32 tahun yang cantik dan baik hati. Surirumahtangga sepenuhnya. Dikurniakan dua orang anak lelaki berusia 8 dan 6 tahun. Beliau berkerja di sebuah syarikat antarabangsa sebagai maintenance engineer di samping memegang jawatan sebagai penyelia Emergency Responce Team ( ERT ) di kilangnya. Tugasnya agak sibuk dan adakalanya berkerja sehinga lewat malam dan juga di hujung minggu.
Januari 2009, beliau telah terlibat di dalam kemalangan jalanraya sewaktu ke tempat kerja pada kira-kira jam 7.30 pagi.Kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah van kilang sewaktu dia cuba memotong sebuah van kilang yang lain di sebuah selekoh di Gurun, Kedah.
Beliau telah koma selama 3 hari dan dirawat di sebuah hospital pakar selama 47 hari lagi.Saya di antara orang yang awal sampai di hospital selepas mendapat panggilan dari isterinya. Saya juga di antara orang yang pertama dilihatnya selepas beliau sedar dari koma selepas isteri dan doktor yang merawatnya.
Sewaktu beliau koma
Beliau telah didatangi oleh seorang malaikat dan mengatakan padanya usia beliau hanya tinggal 1 jam saja iaitu pada hari Ahad, jam 1.45 petang.Walau bagaimanapun Allah akan menangguhkan kematiannya sekiranya ada 50 orang yang mendoakan secara ikhlas akan panjang usianya. Beliau agak kebinggungan ketika itu.Beliau bertanyakan sudah ada berapa orangkah yang mendoakannya secara ikhlas sehingga kini. Jawab malaikat itu hanya baru 3 orang. Malaikat menunjukkan sesiapakah orang-orang itu. Dilihatnya insan itu ialah isteri beliau yang bercucuran airmata sejak hari pertama lagi beliau di hospital itu dan juga kedua anak beliau yang sedang tidur tergolek di kerusi menunggu pesakit di luar wad.
Malaikat itu juga telah memperlihatkan akan mereka yang mendoakannya iaitu kawan-kawannya termasuk saya, ahli kariah masjid yang membacakan surah yasin untuknya. Ibubapanya, ibubapa isterinya, adik beradik, sahabat handai dan rakan sepejabat. Kesemua di antara mereka telah melawatnya dan mendoakannya tetapi tidak diterima oleh Allah. Beliau bertanya kepada malaikat itu, mengapa doa mereka tidak diterima. Malaikat menjawab, tiada keikhlasan 100% di hati mereka.
Masa kian suntuk. Dia pun tidak tahu mengapa malaikat memperuntukkan masa yang begitu singkat kepadanya untuk hidup di dunia ini. Apa yang terjadi padanya kini. Dia pun kurang pasti. Malaikat terus menunggu dan melihat waktu yang kian menghampiri jam 1.45 petang.Hanya tinggal 10 minit lagi. Adalah mustahil untuk mencari 47 orang yang ikhlas mendoakan panjang usianya dalam masa sesingkat itu. Dia bertanyakan malaikat itu, adakah tuan akan mencabut nyawa sekiranya saya gagal mendapat 47 orang berkenaan, Jawan Malaikat “Ya:.
Kurang dari 1 minit, malaikat menghampirinya dan berkata, Allah mengkabulkan doa mereka yang mendoakan panjang usia anda. Anda berjaya mendapat 50 orang ikhlas yang berbuat demikian. Roshaizad bertanya, siapakah orang-orang itu. Malaikat menunjukkan mereka itu. Mereka adalah jemaah anak yatim yang baru saja menunaikan solat dzohor sebentar tadi dan berdoa untuk anda. Anda pernah pergi ke rumahanak-anak yatim berkenaan pada bulan Ramadhan yang lalu dan pernah menghulurkan bantuan kewangan. Mereka telah terbaca di dalam akhbar harian berkenaan kemalangan anda dan dzhor tadi mereka telah bersolat dan berdoa untuk anda. Doa ikhlas mereka diterima Allah swt. Malaikat itu kemudiannya ghaib dan tepat 1.45 petang Roshaizad tersedar dari komanya dan meraung kesedihan.
Isteri beliau yang ada di sisinya turut menanggis dan juga saya. Saya sebenarnya tidak tahu pada ketika itu apa yang berlaku padanya di dalam komanya dan mengapa beliau menanggis selepas sedar dari komanya. Setelah beberapa ketika barulah cerita di atas ini diceritakan pada saya untuk tatapan anda sekelian.
Apa yang disesalkan:
1.Beliau telah mengabaikan masa santai bersama isteri dan anaknya kerana mengejar duit dan tanggungjawab kerja. Sedangkan isteri dan anak-anaknya amat sayang padanya dan doanya amat ikhlas.
2.Dia telah mengabaikan tanggungjawab sosial dengan jiran dan masyarakat sekeliling dan ini menyebabkan mereka tidak ada rasa kasih pada saya kalaupun saya mati
3.Dia telah mengabaikan dan tidak menepati janji-janji pada kawan-kawan sehingga kawan-kawannya marah padanya dan sehingga doanya tidak ikhlas. termasuk dengan saya.
4.Beliau jarang pergi masjid kecuali pada hari Jumaat dan ini menyebabkan jemaah masjid kurang mengenalinya dan menyebabkan doanya tiada keikhlasan.
5.Beliau jarang memberi sedekah dan amal jariah. Nasiblah sumbangan ke rumah anak yatim yang diberikan tempoh hari atas desakan isteri beliau.
6.Beliau jarang bertolak ansur dengan kakitangannya walaupun hal-hal yang remeh. Ini menyebabkan kakitangannya membencinya dan doa mereka juga tiada keikhlasan.
7.Beliau jarang berkunjung ke rumah adik beradik dan takut adik beradik meminjam wang dengannya. Ini menyebabkan juga tiada keikhlasan dari mereka.
8.Beliau banyak kali menyakiti hati hati ke dua ibubapanya kerana tidak menunaikan janji untuk balik ke kampung pada hari-hari tertentu lantaran kerja beliau. Ini menyebabkan ibubapanya marah. Kes ini hanya Allah yang tahu.
9.Beliau gagal menunaikan solat pada waktunya lantaran kerja beliau atau adakalanya tertinggal terus terutamanya solat Asar
10.Beliau tidak menunaikan zakat walaupun beliau memang layak berbuat demikian.
Sahabat:
Allah masih sayang pada sahabat saya ini ataupun ianya untuk memberi pengajaran pada kita melalui tulisan saya ini. Ambillah ikhtibar dari cerita ini.Sahabat saya ini masih gagal untuk mendapatkan perlindungan takaful disebabkan oleh kemalangan dan kecederaannya.
Dirikan solat tepat pada waktunya, keluarkanlah zakat. Luangkan masa bersama keluarga.Imarahkan masjid selalu. Baliklah selalu lihat wajah ibubapa kerana Allah akan memberikan pahala ke atas perbuatan kita itu. Berbaiklah dengan jiran dan kenalilah mereka.Bertolak ansurlah dengan mereka yang memerlukan. Ingat! kita akan dapat apa yang kita telah beri. Selalulah memberi.
Nota: ‘Saya’  yang dimaksudkan dalam artikel di atas adalah penulis artikel, bukan WanWMA.
Sumber artikel ini dari: Email (tidak pasti kesahihan artikel ini namun kisah ini boleh dijadikan pengajaran).

Tuesday, September 4, 2012

*Yang merinduiMu*


Ya Allah,
di keheningan malam tafakur di kesyahduan
merindui janjiMu Tuhan bantuan di perjuangan
ku titiskan air mata taubat segala dosa
moga terangkat penghijab kalbu antara kau dan aku

Ya Allah Ya Tuhanku
ku sujud pada kudratMu ku serah kan jiwa raga ku pada takdir iradatMu
pimpinlah daku dalam redhaMu
kasihiku dalam rahmatMu 
hanya padaMu aku mengadu Ya Tuhanku

*Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? *


Assalamualaikum =)

Ar-Rahman.png
Surah Ar-Rahman (Arab: Ø§Ù„رّØ­ْمنن) adalah surah ke-55 dalam al-Qur'an. Surah ini tergolong surat makkiyah, terdiri atas 78 ayat. Dinamakan Ar-Rahmaan yang berarti Yang Maha Pemurah berasal dari kata Ar-Rahman yang terdapat pada ayat pertama surah ini. Ar-Rahman adalah salah satu dari nama-nama Allah. Sebagian besar dari surah ini menerangkan kepemurahan Allah SWT. kepada hamba-hamba-Nya, yaitu dengan memberikan nikmat-nikmat yang tidak terhingga baik di dunia maupun di akhirat nanti.
Ciri khas surah ini adalah kalimat berulang 31 kali Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban (Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?) yang terletak di akhir setiap ayat yang menjelaskan nikmat Allah yang diberikan kepada manusia.

Maksud Bacaan:

Terjemahan surah ar-Rahman

(dari http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/)

[1]
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
[2]
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.
[3]
Dia lah yang telah menciptakan manusia; -
[4]
Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.
[5]
Matahari dan bulan beredar dengan peraturan dan hitungan yang tertentu;
[6]
Dan tumbuh-tumbuhan yang melata serta pohon-pohon kayu-kayan, masing-masing tunduk menurut peraturanNya.
[7]
Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan,
[8]
Supaya kamu tidak melampaui batas dalam menjalankan keadilan;
[9]
Dan betulkanlah cara menimbang itu dengan adil, serta janganlah kamu mengurangi barang yang ditimbang.
[10]
Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
[11]
Terdapat padanya berbagai jenis buah-buahan dan pohon-pohon kurma yang ada kelopak-kelopak mayang;
[12]
Demikian juga terdapat biji-bijian yang ada jerami serta daun, dan terdapat lagi bunga-bungaan yang harum;
[13]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?
[14]
Ia menciptakan manusia (lembaga Adam) dari tanah liat kering seperti tembikar,
[15]
Dan Ia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang;
[16]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[17]
(Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.
[18]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[19]
Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;
[20]
Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya;
[21]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[22]
Dari kedua laut itu, keluar mutiara dan marjan;
[23]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[24]
Dan Dia lah yang menguasai kapal-kapal yang belayar di laut, yang kembang tinggi layarnya seperti gunung-ganang;
[25]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[26]
Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:
[27]
Dan akan kekalah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:
[28]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[29]
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
[30]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan)?
[31]
Kami hanya akan menguruskan hitungan dan balasan amal kamu sahaja (pada hari kiamat,) wahai manusia dan jin!
[32]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[33]
Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari kawasan-kawasan langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan (yang mengatasi kekuasaan Kami; masakan dapat)!
[34]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[35]
Kamu (wahai golongan yang kufur ingkar dari kalangan jin dan manusia) akan ditimpakan dengan api yang menjulang-julang dan leburan tembaga cair (yang membakar); dengan yang demikian, kamu tidak akan dapat mempertahankan diri (dari azab seksa itu);
[36]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[37]
Selain itu (sungguh ngeri) ketika langit pecah-belah lalu menjadilah ia merah mawar, berkilat seperti minyak;
[38]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[39]
Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya);
[40]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[41]
Orang-orang yang berdosa dapat dikenal dari tanda-tandanya, lalu dipegang dari atas kepala dan kakinya (serta diseret ke neraka);
[42]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[43]
(Lalu dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka Jahannam yang selalu orang-orang yang berdosa mendustakannya ".
[44]
Mereka (terus diseksa) berulang-ulang di antara api neraka dengan air yang menggelegak yang cukup masak panasnya!
[45]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[46]
Dan orang yang takut akan keadaan dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan baginya dua Syurga, -
[47]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[48]
(Dua Syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan; -
[49]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[50]
Pada kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang mengalir; -
[51]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan.
[52]
Pada kedua Syurga itu terdapat dua macam dari tiap-tiap jenis buah-buahan (yang biasa dan yang luar biasa).
[53]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[54]
Mereka (bersenang-senang di tempat masing-masing dalam Syurga itu dengan) berbaring di atas hamparan-hamparan, yang lapisan-lapisan sebelah dalamnya - dari sutera tebal yang bersulam; dan buah-buahan kedua-dua Syurga itu dekat (kepada mereka) untuk dipetik.
[55]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[56]
Di dalam Syurga-syurga itu terdapat bidadari-bidadari yang pandangannya tertumpu (kepada mereka semata-mata), yang tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan jin;
[57]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[58]
Bidadari-bidadari itu (cantik berseri) seperti permata delima dan marjan.
[59]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[60]
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[61]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[62]
Dan selain dari dua Syurga itu, dua Syurga lagi (untuk menjadi balasan bagi golongan peringkat yang kedua);
[63]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[64]
Kedua-duanya menghijau subur tanamannya;
[65]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[66]
Dalam kedua-dua Syurga itu terdapat dua matair yang terus menerus memancutkan airnya:
[67]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[68]
Pada keduanya juga terdapat buah-buahan, serta pohon-pohon kurma dan delima,
[69]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[70]
Dalam kedua-dua Syurga itu juga terdapat (teman-teman) yang baik akhlaknya, lagi cantik parasnya;
[71]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[72]
Ia itu bidadari-bidadari, yang hanya tinggal tetap di tempat tinggal masing-masing;
[73]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[74]
(Bidadari-bidadari itu) tidak pernah disentuh sebelum mereka oleh manusia dan tidak juga oleh jin;
[75]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[76]
Penduduk Syurga itu (bersenang-senang di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal dan) cadar-cadar yang hijau warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.
[77]
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
[78]
Maha Sucilah nama Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan.


*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers

Monday, September 3, 2012

*Warkah buatmu Adam, bila Muslimah jatuh cinta*

Assalamualaikum =)

Buat tatapan mu Adam..

Warkah buatmu kaum Adam,
Penulisan ini bukan kerana nama,
Malah bukan kerana harta,
Tetapi hanyalah semata-mata kerana Rabbuna,
Bukan sekadar coretan bahasa tetapi untuk meluahkan rasa,
Setiap mahkota hati wanita pasti akan disinggahi perasaan ini,
Namun, cuma ia berbeza dari kaca mata seorang wanita dengan seorang muslimah,
Tindakan, perilaku dan bicaranya berbeza,
Jika mata hati yang diguna, temuilah kau akan perbezaanya bila mana wanita jatuh cinta,
Berbanding muslimah yang bergelar mukminah sejati sedang jatuh hati.Warkah buatmu kaum Adam,
Aku tidak tahu apa yang terbentang di fikiranmu,
Aku tidak tahu apa yang berkisar di dadamu,
Namun janganlah kau memandang serong,
Dengan penulisan ini,
Kerana aku tetap dengan pendirianku,
Bertemankan ALLAH SWT menjadi saksi,
Pohonku kepada Illahi semoga kau akan membacanya,
Untuk mengetahui isi hati yang terlipat halus di benak naluri,
Di hati kecil seorang insan bernama muslimah.
Semoga diri ini menjadi mukminah.Wahai Adam,
Ketahuilah……..
Di saat kau membaca warkah ini,
Aku telah pun membawa diri dengan langkah yang sejauh-jauhnya darimu,
Di saat kau membaca warkah ini,
Adalah amat mustahil untuk engkau menemukan ku semula,
Bahkan mungkin aku bakal lenyap dan lesap daripada pandangan mata mu buat selamanya,
Kecuali setelah dengan izinNya,
Hati ku terawat dengan balutan luka yang diikat dengan seerat-eratnya,
Mungkin tidak akan pernah terbuka lagi ikatan ini,
Untuk menghadirkan engkau di sudut hati,
Maka dengan perlahan-lahan aku bakal muncul,
Menjadikan kau sebagai teman seperjuangan seperti lazimnya.Wahai Adam,
Ketahuilah……….
Di saat kau membaca warkah ini,
Air mata ku jatuh perlahan-lahan dalam menahan sebak yang menikam-nikam perasaan,
Membasahi kelopak mata yang kering dengan air salju,
Begenang dan terus bergenang sambil jari-jemari ku melayarkan penulisan ini,
Bergelinangan, berguguran dan kini air peraduan ini yang menjadi peneman…..
Namun ketahuilah…..
Setitis demi setitis air mata ini,
Menjahit lubang-lubang kecil yang terluka di sudut perasaan,
Biar meninggalkan bekas pada hati ku yang terkesan,
ALLAH SWT masih di sisiku,
Dengan air mata ini DIA mengubat pedih-pedih di jiwa,
Tatkala ku lantunkan zikir-zikir memuja namaNya,
Kerana itu aku kuatkan azam dan semangatku,
Melukiskan cinta dalam diamku,
Berakhirnya warkah ini aku tuliskan untukmu.
Warkah khas buatmu.
Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya perempuan dengan muslimah,
Ketahuilah bezanya permata yang disimpan di balang kaca itu,
Berbanding dengan kaca yang bersepah di lantai,
Walaupun hakikatnya nampak sama,
Tetapi jauh sekali istilah dan fikrahnya berbeza,
Namun ketahuilah wahai makhluk pembimbing ciptaan ALLAH,
Tetap ada bezanya antara CINTA seorang wanita,
Yang sekadar bergelar perempuan,
Berbanding salju sakinah bernama muslimah.
Wahai Adam,
Ketahuilah bezanya cinta mengikut fitrah dengan cinta yang berhulu, berpandukan nafsu yang serakah,
Ketahuilah telah ku cuba sebagai muslimah memendam rasa,
Mengalirkan cinta dan hati ini mengikut aliran yang sepatutnya,
Namun hati kecil ini amat mudah tersentuh dan amat rapuh saat disentuh,
Sedangkan Saidatina Khadijah sendiri melamar Rasulullah saw,
Maka, menurut ku wahai Adam, salahkan aku berbuat begini?
Untuk menyampaikan hasrat yang terpendam di sudut hati?
Namun jangan kau khuatir..
Penulisan ini hanya sekadar coretan,
Penulisan ini hanya sekadar lembaran,
Aku sekadar wakil, perantara,
Bagi hati-hati muslimah yang berada di luar sana,
Menyampaikan larut-larut bacaan makhkota hati seorang insan,
Yang tatkala ini sedang mendambakan kasih yang tak kunjung datang,
Yang tatkala ini sedang cuba menanam cinta Illahi dalam hati,
Menyemai mawaddah usrati jannati,
Kerana dia tahu ALLAH SWT berada disisi,
Berbicara dengannya tatkala solat, doa, zikir sebagai penawar hati.
Namun, harus kau tahu bila mana muslimah jatuh cinta,
Dia tidak akan pernah sesekali membutirkan bicara,
Mengenai rasa yang dipendamkannya,
Malah, mahu kau tahu kenapa wahai Adam?
Kerana jauh di dasar qalbu,
Dia amat takut sekali engkau tersungkur dicedera rindu,
Dia amat bimbang sekali iman mu goyah kerana hadirnya bisikan nafsu dan iblis yang menghasutmu,
Dia amat khuatir kau hanyut dibawa bait-bait cinta palsu,
Dia amat gusar ibadah mu terganggu,
Jika langkah mu terjerumus, diseliputi kabus wahan yang menebal di qalbu,
Maka kerana itu dia mengambil keputusan,
Untuk membicarakan cinta hanya sekadar di jiwa,
Namun sesekali tidak dia akan melafazkan,
Sesekali tidak dia akan memaparkan pada mu melalui tindakan,
Kerana dia tahu hadirnya nanti,
Tidak akan mampu menghalang iblis dan nafsu untuk merajai hati,
Bimbang mungkin meruntuhkan tembok keimanan yang telah kau bina,
Bertahun lamanya sebagai jambatan menuju ke syurga.
Mahu kau tahu kaum Adam?
Bila mana muslimah jatuh cinta?
Tatkala dia tahu hatinya sudah berpaut pada mu,
Maka dia akan pelihara tawadduk sebagai perisai mutiara jiwa,
Tatkala dia tahu hatinya sedang diikat dengan simpulan cinta,
Tidak sesekali matanya berani menatap pandangan matamu,
Biarpun pada semua muslimin dia melakukan hal ini,
Kerana telah tersusun letaknya muslimah harus menjaga pekerti sebagai perhiasan dunia.
Namun padamu, dia lebih malu,
Namun pada mu, dia lebih kaku,
Dia bimbang jika panahan syaitan menusuk dari mata ke mata,
Maka dia menundukkan pandangan matanya,
Pada mu sangat sukar untuk dia mulakan bicara,
Diam lebih bernilai daripada berkata perkara yang lagha,
Jika kau melangkah setapak mendekatinya,
Maka akan digerakkan seribu langkah berusaha gigih mahu menjauhi mu,
Mahu tahu kenapa dia melakukan hal ini wahai Adam?
Kerana dia mahu memelihara iman mu,
Kerana dia mahu menjaga pandangan mata mu,
Mana mungkin dibiarkan engkau diselebungi dengan debu dosa akibat zina mata,
Kerana dia mahu kau menjaga bicara mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau memulakan bicara dusta tatkala hati diseliputi cinta.
Dia mahu kau hanya melontarkan ilmu berfaedah,
Menggunakan akal, bukan bicara berpandukan nafsu yang serakah,
Dia mahu kau menjaga lidah yang hanya basah melantunkan zikir tatkala atas sejadah…
Dia mahu kau menghindari diri daripada zina hati,
Kerana dia tahu wahai adam,
Adam yang sempurna akalnya, pasti banyak berdiam diri daripada berkata-kata..
Adam yang soleh hanya akan menetapkan cinta hanya pada Illahi cuma..
Dia mahu kau memelihara akhlak mu,
Mana mungkin dia membiarkan engkau mendekatinya terlebih dahulu,
Tanpa hubungan yang HALAL dan SAH,
Mana mungkin dia meletakkan dikau di tempat yang alpa,
Menodamu dengan cinta palsu dunia,
Dia tidak mahu kau menggodanya melalui jalan yang tidak diredhai pencipta,
Jika kau benar mahu menghampiri,
Menjadikan dia suri di hati,
Bukan dirinya yang harus kau dekati,
Tetapi wali sebagai pengganti.
Wahai Adam,
Saat muslimah ini cuba meyakinkan kau hanya sebagai sahabat baginya,
Saat kau sudah mula menyoal dan mencuriga,
Sebenarnya dia hanya cuba membohongi perasaan diri dan cuba mengelakkan zina hati,
Kerana dia tidak mahu merosakkan hubungan persahabatan yang selama ini terjalin keranaNya,
Hakikatnya dia cuba tidak mahu merosakkan mu dengan menjalin hubungan percintaan tanpa redhaNya,
Dia amat bimbang kau terjebak dalam perasaan suka jika benar kau juga memendam rasa,
Dia mahu melindungimu, aqidahmu dan imanmu yang telah lama dibina atas dasar taqwa.
Maka kerana itu sehingga kini dia pendam,
Cintai dikau hanya dalam diam.
Wahai Adam,
Ketahuilah muslimah ini amat sukar jatuh cinta,
Diserahkan CINTA nya hanya kepada yang Maha Memiliki CINTA cuma,
Namun, di saat kau menyentuh hatinya perlahan-lahan,
Dia sedar betapa sakitnya hati ini seperti dicucuk-cucuk duri yang tersembunyi,
Dan dia sedar betapa setiap langkah perbuatannya,
Seringkali munculnya nama mu sebagai pendorong kebajikan di hati,
Sudah berkali-kali dia memohon pada Illahi,
Supaya menunjukkan jalan yang diredhai dengan Istikarah yang dijalaninya sehari-hari,
Kau juga tahu dia melakukan istikarah ini sebagai tasbih rutin harian,
Namun baginya, kau masih tetap dalam bayangan,
Bukan wajahmu yang muncul di fikiran ini tetapi hanya sekadar nama,
Bahkan ibrah dan segala amalan murni yang kau amalkan dalam hidup,
Menjadi bekalan untuk dia mempertingkat amalan kerana ALLAH,
Kerana kau diibaratkan bagai enjin yang menggerakkan hati kecil ini untuk mencintai dirimu hanya keranaNya.
Wahai Adam, tahukah kau?
Tatkala kau juga memaparkan sedikit demi sedikit,
Mengenai corak tingkah laku mu yang seakan menyimpan perasaan yang sama terhadapnya,
Muslimah itu sudah mulai bimbang,
Tatkala kau sudah membutirkan bicara seolah kau juga mahukan dia berada di takhta jiwa,
Muslimah itu sudah menjadi risau,
Tatkala kau sudah seakan terpaut akan bait-bait butir kata hikmahnya,
Muslimah itu sudah bertambah rungsing,
Dia berasa sangat malu, menyesal dan berdosa,
Jika benar kau turut tertawan padanya,
Dia merasakan dirinya jijik dan hina di hadapan tuhannya yang Agung lagi Maha Bijaksana,
Dia bimbang iman mu goyah,
Dia risau akhlak mulia mu beransur-ansur tidak lagi bakal kau hirau,
Dia rungsing kau tersungkur dipukul badai cinta yang nyata belum HALAL buat mu dan dia.
Jika benar kau turut menyimpan rasa yang sama,
Dia mohon pengharapan dalam setiap larut doa tahajudnya,
Semoga engkau akan terus bersabar dan menunggu waktu yang tepat untuk mencurahkan rasa,
Semoga dirinya bukan penyebab iman mu goyah,
Semoga dirinya bukan penyebab akal mu lemah,
Tetapi sebaliknya menambah kasih mawaddah,
Dalam menuju gerbang mardathillah,
Jika benar kau sudah tertawan padanya,
Dia sudah membulatkan nekad dirinya bakal mengundur diri,
Dia rela mengorbankan cinta kerana mahu engkau menjaga hati,
Dia rela mengorbankan perasaan demi meraih CINTA hakiki, cinta Illahi,
Selangkah demi selangkah tanpa kau sedari,
Dia semakin hilang daripada pandangan,
Bukan kerana mahu menjauhkan mu,
Bukan kerana mahu mengelakkan daripada berteman dengan mu,
Namun ketahuilah..
Niat muslimah itu cuma satu,
Hanya kerana….
Mahu memelihara iman mu.
Wahai Adam,
Mahukah engkau tahu mengapa dia tidak akan ada disisi mu sebagai sahabat setelah dia menyerahkan padamu warkah ini?
Kerana dia merasakan diri ini tidak pernah layak untuk kau yang sememangnya berakhlak mulia dan sentiasa menetapkan cinta kepadaNya,
Kerana dia sudah menggambarkan perasaan malu sekiranya kau menolak perasaan ini secara sukarela,
Kerana dia sebenarnya mahu kau muhasabah diri kembali,
Mendekatkan jiwa kepada Illahi,
Tahukah kau wahai Adam?
Dia membilang doa-doa nya setiap hari dalam solat tahajud, rawatib, istikarah mahupun taubat,
Semoga iman mu akan bertambah kukuh disemai kasih CINTA DZATT ABADI yang utuh,
Namun tak akan pernah dilupakan kau dalam setiap butir doa nya,
Semoga dirimu sentiasa berada dalam rahmatNya.
Wahai Adam,
Ketahuilah,
Perbezaan-perbezaan ini…..
Di saat wanita jatuh cinta,
Dia amat mendambakan dikau juga turut mempunyai perasaan yang sama,
Dia teringin sekali kau turut tergoda dan tertawan hati padanya jua,
Namun, jika muslimah jatuh hati,
Tidak pernah sesekali dia mengharap kau bakal mencintainya kembali,
Malah dia berusaha menjauhkan diri,
Kerana mahu memelihara persahabatan kerana ALLAH yang telah terkukuh dini,
Kerana dia mahu mengelakkan daripada tercetusnya zina hati,
Kerana mahu memelihara iman mu sebagai muslim sejati.
Kerana dia mahu kau mengukuhkan CINTA mu pada ALLAH terlebih dahulu,
Sebelum menyerahkan CINTA mu pada lawan HALAL bagimu.
Wahai adam,
Ketahuilah bila muslimah jatuh hati,
Cintanya akan terisi dengan cahaya Illahi,
Disamping dia mencintaimu,
Dia turut mempertingkat cintanya pada ALLAH yang Esa.
Dia tidak akan pernah berhenti,
Memohon hajat dan mengadu kasih pada Illahi,
Semoga JIKA kau juga menyimpan perasaan suka,
Temukanlah kau dan dia dalam sebuah ikatan yang HALAL dan diredhaiNya,
Tetapi sebaliknya,
Jika kau kontra dalam rasa CINTA yang dicita-citakannya,
Dia juga tidak akan pernah berputus asa dalam berdoa,
Semoga ALLAH akan menemukan dia dengan seorang LELAKI yang sekufu dengannya..
Yang seindah akhlak dan secantik budi pekertimu,
Atau mungkin seseorang yang lebih baik daripadamu…
Sebagai serikandi hidup buatnya kelak di duniawi dan syurgawi.
Ketahuilah wahai tulang rusuk kiri,
Muslimah ini amat sukar jatuh cinta,
Bila mana hatinya sudah mulai terpaut pada mu ketika itu,
Dia tidak pernah menyatakan hasrat ini kepada sesiapa,
Dia hanya diamkan sahaja,
Melainkan hanya bergantung harap kepada Sang Pencipta,
Dia hanya menceritakan hasrat murni ini kepadaNya cuma,
Sehingglah kau membaca isi surat ini dan mengetahui petanda,
Di hati ini dia telah lama memendam rasa…..
Bila mana muslimah jatuh hati, cintanya akan bermula secara DIAM dan berakhir juga secara DIAM..

*Something to ponder*

Assalamualaikum =)

Bagaimana memilih pasangan hidup tanpa bercouple?

Masalah memilih bakal pasangan hidup, perlu diberi perhatian di awal perkenalan dengan pasangan masing-masing. Islam sangat bersifat selektif. Sebab itu disyarakkan diadakan fitrah pertunangan supaya terdapat jangkamasa yang cukup untuk mengenali pasangan. Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan-jalan dating dan berborak tanpa batasan. Konsep lima `K’ diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu “Kenal”, “Kelas”, “Kufu”, “Kasih” dan akhir sekali “Kahwin”.
KENAL 
Kita di suruh kenal/takruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, carilah orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan juga keperibadiannya.
Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Umar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.
“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Umar.
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Umar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?” Lelaki itu menjawab tidak pernah. Umar bertanya lagi,
“Pernahkah kamu bermuamalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya?”
Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya.. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya.. Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui corak kelakuan sahabat-sahabatnya yang akrab. Adalah berdosa besar jika antara kedua dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.
KELAS
Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan. Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.
KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbangkan. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam.
Begitu juga dari segi harta, ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, sukar untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.
Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yg serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.
KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin. Merujuk kepada sebuah hadis……
“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan.”
Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam. Rasulullah bersabda:
“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu.”
Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga. Sememangnya terdapat “Orang -orang yang benar benar redha dengan pasangan yang ditentukan oleh Allah tetapi pokok pangkalnya banyak terletak pada HATI kaum lelaki”.
Kalau tak berkenan, jangan dipaksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok-pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.
Hadis Nabi ada menyatakan:
“Barangsiapa yang berkahwin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN , Allah akan menghina keturunanya dan Barangsiapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua-duanya.”
Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. Insyallah perkahwinan akan diberkati dan di lindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.
REDHA
Redha terhadap pasangan masing-masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya:
“Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur-unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dangan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka”
“Apa yang di katakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang dimaksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”
Istilah kufu banyak ditekankan dalam Surah AnNur: Ayat 26:
“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.”
Istilah kufu sangat ditekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.
Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin. Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa. Begitu juga sebaliknya, masalah akan berlaku.
Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”. Tetapi anda perlu ingat, bukan semua perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah di bentuk.
Keimanan dan kekuatan sikap merealisasikan Islam perlu ada pada lelaki. Perempuan yang beriman mesti mencari lelaki yang lebih kuat imannya daripadanya kerana lelakilah yang menjadi ketua keluarga….
Sebuah Kisah Yang Perlu Diambil Iktibar
Seorang sahabat, Marsat Bin Abu Marsar Al Ghanawi, seorang pemuda turut berhijrah dari Mekah ke Madinah bersama Rasulullah saw. Suatu hari Baginda Rasulullah menghantar beliau balik ke Mekah untuk membuat rundingan dengan orang Quraisy, tentang pembebasan beberapa orang Islam yang di tawan.
Sewaktu balik, Marsat bertemu kekasih lamanya, Inaq, seorang wanita yang sangat cantik dan menjadi rebutan. Inaq berjumpa Marsat dan duduk berdua-duaan kerana kedua-duanya sudah lama tidak bertemu. Marsat menolak dengan alasan dia kini berugama Islam sedangkan Inaq masih kafir dan ia membataskan hubungan.
Marsat menyuruh Inaq bersabar dan akan bertanya perihal itu kepada Rasulullah jika diizinkan oleh baginda untuk berbuat demikian. Mendengar kata kata Marsat ini, Inaq terlalu marah sedangkan selama ini dia menjadi rebutan ramai lelaki. Akibat terlampau sakit hati, Inaq telah mengupah kaki pukul Quraisy menyekat Marsat dan membelasahnya dengan teruk. Tetapi kerana cintanya yang mendalam kepada Inaq, beliau bertanya kepada Rasulullah samada beliau boleh berkahwin dengan Inaq.
Maka turunlah Surah Al Baqarah:
“Janganlah kamu berkahwin dengan orang musyrik, kerana sesungguhnya berkahwin dengan hamba mukmin itu lebih baik daripada seorang musyrik walaupun cantik.”
Credit to:CahayaIslam.net