Sahabat

Sunday, August 19, 2012

*Mahar syurga*


Assalamualaikum =)

Pagi syawal.siap kemas-kemas n memasak. Rehatkan tulang. Online. =) Takde perancangan nak kemane lagi.
Cuti sampai selase. Wah. Saya sangat workaholic. Tapi sebenarnya tak pon.
Malam tadi dapat sms hari raya dari membe2. Awak2 pon mesti duk sibuk mengwishkan malam tadi.
hehe..dun wori kita serupaa.
Boleh x saya nak state kan ucapan fan-fan saya malam tadi..hehe. kalu xsuke jangan baca yee. nak bagi cucu2 saya baca apa yang nenek die buat ms zaman dulu2.ok nonsense.=P

Adik meya (IKU): Wishing you Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Please forgive all my mistakes. Have a nice raya :D
Dayah (YAPEIM): Selamat hari raya aidilfitri. ikhlas dr hidayah.maaf zahir batin
Ummu (Uitm):Assalam.salam edul fitri.maaf zahir batin :D
Trex-man:Salam awak. Selamat ari raya aidilfitri
Aja (RPK): Buat rakan2 yang mengenali diri.slmt ari raya, maaf zahir batin ,halalkan makan minum,senang cite 0-0 la er.
Nina((IKU):Selamat Hari Raya aidilfitri dan maaf zahir batin. kepada kenalan serta rakan-rakan dengan semoga hari raya tahun ini penuh kegembiraan dan keberkatan hendaknya. Maaf segala perbuatan atau kata terguris ati dan halalkan makan minum.salam dari nina dan keluarga
Ima(IKU):Iku kak syikin salam lebaran.di hari mulia ni saya ingin meminta maaf jika ada silap dan salah.selamat hari raya aidilfitri
Liza(IKU):masa berlalu ,pejam celik,pejam celik dah raya.syawal tinggal semgu pon dah xsampai.jadi sebelom clcom, maxis dan digi n semua nya jadi bz. izinkan saya mengucapkan selamat meymbut aidilfitri. moga raya tahun ni membawa 1001 erti dan kenangan terindah.mohon ampun dan maaf jika ada salah silap selama kita berkenalan.
Tn haji anam (yapeim): Selamat hari raya dari khairul anam dan keluarga
Fazira(RPK):walau langkah tak bertemu,  tangan tak berjabat, ucap xtedengar, mata xbertentang, mohon maaf segala kesilapan kerana adakalanya mata silap memandang, telinga salah mendengar, lidah terlanjur berkata-kata dan hati terslaah menduga.salam aidilfitri maaf zahir dan batin
Wawa(yapeim):taqaballallah huminna waminkum :)
Hadrami: kalau nama pun manusia pasti ada salah dan dosa.salam hulur maaf di pinta. selamat hari raya.

Terima kasih kepada kawan2 yang wish ari raya. Semoga persahabatan kita kekal sepanjang hayat. Aamiiin. 

Ok jom kembali pangkal jalan..tentang mahar syurga. ambil dari fb sebagai halwa mata muslimin dan muslimah sempena 1 syawal


"Meninggalkan dunia itu berat, tetapi meninggalkan syurga adalah lebih berat, sedang mahar bagi syurga ialah meninggalkan dunia...."
 

Carilah rezeki dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya. Beramallah di dunia seolah2 seketika nanti kamu akan kembali kepada pencipta Mu.

Semoga bermanfaat. Terima kasih =)



Saturday, August 18, 2012

*Salam Edul Fitri*


Assalamualaikum =)

Mengantok.Ku gagahi jari jemariku untuk buat entri pendek mengucapkan:



Ya Allah ampunilah dosa hambamu ini semoga berada dikalangan manusia yang wara' dan zuhud.
Maafkan aku adakalanya hatiku seolah2 tidak merelakan rasa kehilangan.
Manakan jadi milikku tanpa restuMu.
Aku kuatkan jiwaku dengan zikrillah, tumpuan hanya padaMu.
Allah kurnia kan aku kekuatan untuk menghadapi segala ujian Mu.
Aku merelakan jiwaku untuk berserah.
Demi Mu Ya Ilahi.
Yang menyedarkan aku, mengetuk kesedaran ku.
Satu-satunya tempat untuk ku mengadu.
Aaamiinn




Friday, August 17, 2012

*Rukun islam yang ke lima-Menunaikan zakat*

Assalamualaikum =)

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam. Syukur Alhamdulillah hari yang ke-28 Ramadhan kita masih di beri rezeki oleh Allah untuk hidup di muka bumi.
Yes! 2 days more to go! Let us increase ibadah to get more bless from Allah S.W.T in Ramadhan!
As we had just realize. Times running out too fast. Begitulah dengan firman Allah dalam surah Al-Asr

Dalam detik-detik berlalunya bulan Ramadhan, kita juga sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal! 


Bila syawal tiba, usai la sudah kita dengan rukun Islam yang ke tiga untuk tahun ini kerana Allah Taala. Namun jangan di lupakan ibadah wajib lain iaitu rukun Islam yang ke lima.
MENUNAIKAN ZAKAT 
Zakat FITRAH
Zakat Fitrah ini wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan. 
Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, ”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri.
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.
Lebih afdal jika Zakat fitrah di tunaikan di kawasan kita mencari rezeki

Berikut adalah bayaran zakat untuk 2012:

 
Lafaz Zakat Fitrah

Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.
 
Awak da bayar zakat fitrah?


Semoga bermanfaat. Terima kasih =)


Wednesday, August 15, 2012

*Antara 9 mimpi Nabi Muhammad S.A.W*

Assalamualaikum =)

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

Sunday, August 12, 2012

*Ramadhan, awak nak ke mana?*



Assalamualikum =)

Sedar ke tidak. We are counting the days for becoming Syawal. Hari ini da masuk 22 
Ramadhan. 8 days more to  go. Semoga Ramadhan kali ini kita layari dengan penuh rasa 
sabar syukur dan tawaduk. 10 malam terakhir umat Islam mengejar pahala dan mencari malam
Lailatur Qadar malam seribu bulan. Insyaallah kita adalah salah seorang yang dapat 
menempuhi malam tersebut.

*

"Aku lihat Ramadan dari kejauhan.... lalu ku sapa ia," Hendak kemana? "
 Dengan lembut ia berkata, " Maaf, 
aku harus pergi, mungkin lama. 
Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama Mukmim. 
Ajaklah sabar untuk menemani hari-hari dukanya, 
peluklah Istiqamah saat dia kelelahan dalam perjalanan Taqwa. 
Itupun Syawal ..ia sudah tiba. ".Ku lihat Ramadan pergi ... jauh........ '
Ya Allah , apakah aku akan berjumpa lagi dengannya ?




********************************************************************************

Ya Allah jadikan aku orang yang sabar untuk menemani hari-hari duka, 

Pelukkanlah aku dengan Istiqamah di saat-saat aku kelelahan dalam perjalanan.

Amin Ya Rabb!

***********************************************


*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers

Wednesday, August 8, 2012

*This Is Love*

Source: http://www.yasminmogahed.com/2012/01/03/this-is-love/

This is love.
And so there are some who spend their whole lives seeking. Sometimes giving, sometimes taking. Sometimes chasing. But often, just waiting. They believe that love is a place that you get to: a destination at the end of a long road. And they can’t wait for that road to end at their destination. They are those hearts moved by the movement of hearts. Those hopeless romantics, the sucker for a love story, or any sincere expression of true devotion. For them, the search is almost a lifelong obsession of sorts. But, this tragic ‘quest’ can have its costs—and its’ gifts.
The path of expectations and the ‘falling in love with love’ is a painful one, but it can bring its own lessons. Lessons about the nature of love, this world, people, and one’s own heart, can pave this often painful path. Most of all, this path can bring its own lessons about the Creator of love.
Those who take this route will often reach the knowledge that the human love they seek was not the destination. Some form of that human love, can be a gift. It can be a means. But the moment you make it the End, you will fall. And you will live your whole life with the wrong focus. You will become willing to sacrifice the Goal for the sake of the means. You will give your life to reaching a ‘destination’ of worldly perfection that does not exist.
And the one who runs after a mirage, never gets there; but keeps running. And so too will you keep running, and be willing to lose sleep, cry, bleed, and sacrifice precious parts of yourself—at times, even your own dignity. But you’ll never reach what you’re looking for in this life, because what you seek isn’t a worldly destination. The type of perfection you seek cannot be found in the material world. It can only be found in God.
That image of human love that you seek is an illusion in the desert of life. So if that is what you seek, you’ll keep chasing. But no matter how close you get to a mirage, you never touch it. You don’t own an image. You can’t hold a creation of your own mind.
Yet, you will give your whole life, still, to reaching this ‘place’. You do this because in the fairy tale, that’s where the story ends. It ends at the finding, the joining, the wedding. It is found at the oneness of two souls. And everyone around you will make you think that your path ends there: at the place where you meet your soul mate, your other half—at the point in the path where you get married. Then and only then, they tell you, will you ever finally be complete. This, of course, is a lie because completion cannot be found in anything other than God.
But the lesson you’ve been taught since the time you were little—from every story, every song, every movie, every ad, every well-meaning auntie—is that you aren’t complete otherwise. And if—God forbid—you are one of the ‘outcasts’ who haven’t gotten married, or have been divorced, you are considered deficient or incomplete in some way.
The lesson you’re taught is that the story ends at the wedding, and then that’s when Jennah (paradise) begins. That’s when you’ll be saved and completed and everything that was once broken will be fixed. The only problem is, that’s not where the story ends. That’s where it begins. That’s where the building starts: the building of a life, the building of your character, the building of sabr, patience, perseverance, and sacrifice. The building of selflessness. The building of love.
And the building of your path back to Him.
But if the person you marry becomes your ultimate focus in life, your struggle has just begun. Now your spouse will become your greatest test. Until you remove that person from the place in your heart that only God should be, it will keep hurting. Ironically, your spouse will become the tool for this painful extraction process, until you learn that there are places in the human heart made only by—and for—God.
Among the other lessons you may learn along this path—after a long road of loss, gain, failure, success, and so many mistakes—is that there are at least 2 types of love. There will be some people you love because of what you get from them: what they give you, the way they make you feel. This is perhaps the majority of love—which is also what makes much of love so unstable. A person’s capacity to give is inconstant and changing. Your response to what you are given is also inconstant and changing. So if you’re chasing a feeling, you’ll always be chasing.  No feeling is ever constant. If love is dependent on this, it too becomes inconstant and changing. And just like everything in this world, the more you chase it, the more it will run away from you.
But, once in a while, people enter your life that you love—not for what they give you—but for what they are. The beauty you see in them is a reflection of the Creator, so you love them. Now suddenly it isn’t about what you’re getting, but rather what you can give. This is unselfish love. This second type of love is the most rare. And if it is based in, and not competing with, the love of God, it will also bring about the most joy. To love in any other way is to need, to be dependent, to have expectations—all the ingredients for misery and disappointment.
So for all those, who have spent their life seeking, know that purity of any thing is found at the Source. If it is love that you seek, seek it through God. Every other stream, not based in His love, poisons the one who drinks from it. And the drinker will continue to drink, until the poison all but kills him. He will continue to die more and more inside, until he stops and finds the pure Source of water.
Once you begin to see everything beautiful as only a reflection of God’s beauty, you will learn to love in the right way: for His sake. Everything and everyone you love with be for, through and because of Him. The foundation of such love is God. So what you hold onto will no longer be just an unstable feeling, a fleeting emotion. And what you chase will no longer be just a temporary high. What you hold, what you chase, what you love, will be God: the *only* thing stable and constant. Thereafter, everything else will be through Him. Everything you give or take or love or don’t love, will be by Him. Not by your nafs. It will be for Him. Not for your nafs.
This means you will love what He loves and not love what He does not love. And when you do love, you will give to the creation—not for what you can get in return from them. You will love and you will give, but you will be sufficed from Him. And the one who is sufficed by God, is the richest and most generous of all lovers. Your love will be by Him, for Him, and because of Him. That is the liberation of the self from servitude to any created thing. And that is freedom. That is happiness.
That is love.


***********************************************************************************
set U free...
Because ALLAH ask me to do so...
U are not HALAL for me...
And I am not sure that U are Really the One for ME....
Just PRAY... 
If WE are really meant to be Together, it Will Be.... (✿◠‿◠)

 **************************************************************


*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers

Monday, August 6, 2012

*Biskut kacang mazola*

Assalamualaikum =)


Bahan-bahan:
2 cawan kacang tanah (di goreng tanpa minyak, kulit di buang)
2 cawan tepung gandum (kalau suka boleh di panas kan atas api untuk meringankan tepung)
2 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak jagung mazola
1 cawan gula yang di kisar halus
2 sudu besar marjerin (memberikan rasa sikit masin kepada biskut dan mengukuhkan struktur biskut)
1 biji telur
1 sudu kecil pewarna kuning telur

Cara membuat:
1. Tumbuk/blender kacang tanah.
2. Ayak tepung gandum dengan baking powder.
3. Masukkan kacang tanah, gula, marjerin dan akhir sekali minyak jagung mazola ke adunan 1
4. Uli adunan sampai rata
5. Kalau adunan agak cair tambahkan tepung gandum sikit. Kemudian boleh di terap dengan bentuk yang di gemari.
6. Setelah di bentuk susun biskut atas loyang kemudian atas biskut di sapukan dengan telur yang di pukul dengan esen vanilla.
7. Masukkan dalam oven dengan suhu 180 darjah dalam 13 minit. Kemudian siap untuk di hidang!

**************TADDAA!**************


**************************************

*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers

Sunday, August 5, 2012

*Perlu dan jangan 10 perkara ini dalam facebook*

Assalamualaikum =)



TAHUKAH ANDA??? Facebook adalah sebuah layanan jejaring sosial yang di lancarkan pada bulan Febuari 2004 yang dimilik dan di operasikan oleh Facebook Inc.FACEBOOK di dirikan oleh MARK ZUCKERBERG bersama rakannya dan sesama mahasiswa komputer.

DAN ADAKAH ANDA JUGA TAHU??

Kisah kehidupan:
Alhamdullilah, semalam dapat duduk sebilik dengan seorang aktivis keselamatan Capt. Bala Supramaniam. Kalau anda pernah tgk video-video kekejaman di Palestine dan Syria, jgn ingat anda jauh dari kekejaman seperti itu.

Nauzubillah min zalik, ianya berlaku didalam negara kita sendiri, mungkin tidak jauh dari tempat anda tinggal.

Kami ditayangkan dengan gambar-gambar kejadian rogol, bunuh dan buang oleh ramai mangsa yang anda tak akan dapat lihat didalam Metro atau KOSMO.

Yang menyayat hati banyak mangsa-mangsa adalah kanak-kanak, ada yang besar2 anak saya sendiri. Tenunglah anak perempuan anda sekarang, bayangkan dada mereka ditoreh, pungung dikerjakan, disumbat mulut dengan kertas, beras, kemaluan disumbat dengan benda-benda. Ni bukan rekaan tuan-tuan dan puan-puan. Saya tengok gambar tu dengan mata saya sendiri.


Yang lebih menyedihkan 80% mereka yang ditangkap terlepas, kerana tidak cukup bukti untuk didakwa dan ditahan didalam penjara.

Jadi awas tuan-tuan dan puan-puan, dikalangan kita ada perogol, pedophiles, pembunuh bersiri yang bebas mencari peluang utk bertindak.
Dan mereka ni bukan orang kurang siuman. Semuanya bijak belaka. Mereka mengunakan kaedah seperti PHISING dan reverse phsycology utk mendapatkan maklumat peribadi kita.

Jadi anda boleh membuat perbezaan. Saya nak sarankan beberapa perkara mudah di FB yang InsyaAllah boleh menyelamatkan nyawa anda dan keluarga anda.
ANDA PERLU:

1. REMOVE semua maklumat berkenaan suami, isteri, anak, ibu, bapa, pakcik yang kita publish di Facebook. Tak perlu unfriend mereka, hanya tukar relationship sahaja.

2.JANGAN post gambar anda, anak-anak, keluarga dan sahabat handai. Jika perlu tetapkan setting SECURITY pada kiriminan. Tentukan org-org yg hanya boleh melihat gambar tersebut.

3. Aktifkan option untuk review TAG. Ada didalam ruangan Setting. Pilihan ini akan meminta anda utk approve gambar, post yang anda telah di tag.

Jadi ini akan memberikan anda ruang untuk menilai kiriman tersebut samanda ianya akan mengamcam keselamatan

4. JANGAN lah nak bersayang-sayang, aniversary di FB. Buat offline sahajalah.Tindakan seperti ini akan memberitahu siapa orang kesayangan anda dan boleh jadi target

5. HENTIKAN post yang boleh menunjukan anda bersendiri. Sperti "Boringnya, sorang-sorang kat rumah" atau "I nak tido kejap"

6. MATIKAN fungi geo-location pada pengguna Android atau iPhone. Fungsi ini boleh mndedahkan lokasi anda.

7. Review friendlist anda dngan kerap. Ingat 80% penjenayah ni masih terlepas.

8. REMOVE no telefon dari FB. Kerana penguna Android boleh nampak no telefon anda

9. Gambar profile letak lah yang sopan santun

10. REVIEW semula album FB anda. Mana gambar yg tak patut tu delete sahaja !

NAMPAK PARANOID, TAPI KALAU KORANG TENGOK SENDIRI BARU KORANG TAU. JANGAN SALAHKAN PIHAK BERKUASA.KITA SENDIRI YANG EXPOSE MAKLUMAT PERIBADI.
 JANGAN SHARE 10 PERKARA DI DALAM FACEBOOK!

1. Tarikh lahir anda: Bahaya kerana berkait dengan kad kredit, penyata bank dan identiti diri anda.

2. Nama ibu anda: Sering nama ibu digunakan sebagai soalan keselamatan untuk mendapatkan semula kata laluan.

3. Alamat rumah anda: Sengaja menjemput penceroboh ke rumah anda sebaik sahaja anda "update" yang anda sedang bercuti!!

4. Perjalanan jauh dari rumah: Rumah anda bakal "dilawati" penceroboh tempatan yang kenal anda dan tahu tempat tinggal anda.

5. Meninggalkan rumah dalam tempoh yang singkat: Juga mengundang penceroboh ke rumah anda yang sentiasa mencari peluang

6. Gambar yang tidak sesuai: Sesiapa sahaja boleh memuat turun, dan menjadikannya sebagai bahan 'pemuas nafsu' mereka.

7. Pengakuan atau kekecewaan: Bakal jadi penganggur bila memaki majikan kerana "sedunia" sudah tahu.

8. Nombor telefon: Menjemput gangguan dari jurujual (telemarketers), 'stalkers' dan rakan kepada rakan anda.

9. Mengira detik percutian anda: Lebih bijak dan selamat bila "update" percutian anda selepas pulang dari bercuti.

10. Gambar di dalam rumah: Membuatkan si 'cemburu' akan bertambah cemburu dan mengundang bahaya.

AWASILAH SEGALA TINDAKAN ANDA DI FACEBOOK!!
p/s: copypaste daripada laman facebook

*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers

Saturday, August 4, 2012

*Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Sedarkah kita?*


When u know that you are not too perfect don’t try to be a perfectionis. Its just can make u stress.Just do all your best, Allah will do the rest. Kederat manusia terbatas.. indah nya Islam sebab kita ada pegangan hidup iaitu Allah. Jaga hubungan dengan Allah masa senang, Allah akan jaga kita masa kita susah.Xsusahkan.Tapi manusia selalu lalai sebab bisikan S*****N dan nafsu dalam diri yang mempengaruhi perasaan kita. Sedarkah kita?

Cerita dari kehidupan:
Saya bertemu dengan seorang budak. Dia free hair tapi baik, sopan santun, dan sangat berbudi bahasa.
Dia ada seorang kakak. Kakak nya bertudung tapi melalui keterampilannya dan perwatakannya saya tau dia vice versa dengan attitude adiknya. Kedua-duanya berhijrah ke KL. Sampailah ke satu tahap mereka di uji Allah kedua-duanya menghadapi masalah kewangan dan  sangat perlukan wang. Dalam situasi ni, di lihat si kakak sentiasa nampak serabut dan suka marah-marah dengan ujian yang dia hadapi sebalik nya si adik sentiasa tenang. Saya hairan kenapa ye si kakak tidak berperangai sama dengan si adik. Satu hari si adik bagi saya jawapan. Dan membuatkan saya yang  tak sempurna berfikir. Katanya:

“SEMUA ORANG LAHIR DENGAN AKAL TAPI TIDAK SEMUA ‘MAMPU’ UTILIZE OTAK YANG ADA”




Si adik lebih memahami si kakak sebab hidup mereka berdua. Manakala pandangan umum mesti tidak selesa dengan perangai si kakak. Sabarnye si adik. Dari situ ada iktibar dan saya sedar ada benda yang kita tahu ia ada tapi kita selalu lalai dalam perjalanan hidup. Iaitu adanya akal. Betapa pentingnya kita ‘manage’ akal kita dengan baiknya supaya ia tidak sakit. Dan tidak menyakiti orang lain.

Firman Allah lagi: ``Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang ada hati (akal) yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar?'' (Al-Hajj: 46)

DI MANA  PERGINYA HAK JASAD YANG SELALU KITA ABAIKAN?

*********************************************************************************
Hidup ini hanya sementara dan tugas kita di bumi fana ini hanya ada dua:
1.Khalifah Allah
2.Hamba Allah
Tak mudah tapi tak susah. Sincere your heart. You can feel how calm it is.

WHEN YOU GOT A PROBLEM DON’T THROW IT AWAY BUT TRY TO MANAGE IT WISELY.
DALAM DOA MINTALAH PERTOLONGAN ALLAH YANG MAHA SEMPURNA. INSYAALLAH AKAN DI PERMUDAHKAN ^_____^

*********************************************************************************

Nota kaki: Saya doakan adik yang baik tu mendapat hidayah untuk menjadi muslimah yang lebih baik.


*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers

Friday, August 3, 2012

*Buat mak yang di kasihi*


Cantik kan langit Allah?   
Allah ciptakan alam ni indah,
agar tenang hati manusia yang gundah...
Walau kita kehilangan seseorang,
banyak lagi nikmat yang Allah bagi untuk kita.
Tertutuplah semua pintu rezeki bila sampai ajal kita,
terbuka pula pintu-pintu syurga untuk kita masuki.

Sayang kan Allah hambaNya?

Allah sayang hambaNya...
lebih dari seorang ibu sayangkan anaknya
lebih dari seorang anak sayangkan ibunya...
Semoga kita orang yang terpilih untuk memasuki syurgaNya.
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia,
dan Mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya,
dan Kami lebih DEKAT kepadanya 
daripada urat lehernya.
-Surah al Qaf 50:16

Buat Mak yang dikasihi...
Sungguh Allah menyayangi Mak,
kerana itu Allah memilih Mak untuk DEKAT denganNya,
kerana itu Allah mengurniakan Islam untuk kita.

Allah itu sayang hambaNya.
Semoga Dia beri kekuatan untuk kita terus mentaatiNya.

Sayang Mak.
Semoga dengan setiap ujian, kita semakin dekat padaNya.







*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers

Thursday, August 2, 2012

*Bangunlah Bersahur*



Anda bagaimana?

Ingatlah pesan Nabi s.a.w. yang bersabda, "Perbezaan antara puasa orang Islam dan puasa ahli kitab (Yahudi & Nasrani) ialah makan sahur." (HR al-Tirmizi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan." (HR Bukhari)

Nabi saw. bersabda, "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (HR Ibnu Hibban & Baihaqi)

Nabi saw. bersabda, "Bersahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur." (HR Ahmad)



*Thanx for reading. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers