Sahabat

Friday, August 17, 2012

*Rukun islam yang ke lima-Menunaikan zakat*

Assalamualaikum =)

Salam Ramadhan untuk semua umat Islam. Syukur Alhamdulillah hari yang ke-28 Ramadhan kita masih di beri rezeki oleh Allah untuk hidup di muka bumi.
Yes! 2 days more to go! Let us increase ibadah to get more bless from Allah S.W.T in Ramadhan!
As we had just realize. Times running out too fast. Begitulah dengan firman Allah dalam surah Al-Asr

Dalam detik-detik berlalunya bulan Ramadhan, kita juga sibuk membuat persiapan untuk menyambut Syawal! 


Bila syawal tiba, usai la sudah kita dengan rukun Islam yang ke tiga untuk tahun ini kerana Allah Taala. Namun jangan di lupakan ibadah wajib lain iaitu rukun Islam yang ke lima.
MENUNAIKAN ZAKAT 
Zakat FITRAH
Zakat Fitrah ini wajib untuk semua umat Islam di bulan Ramadhan. 
Dari Ibnu Abbas r.a., bersabda Rasulullah SAW, ”Mewajibkan zakat fitrah itu sebagai pembersih bagi orang yang berpuasa daripada perbuatan yang sia-sia dan perkataan yang kotor dan sebagai makanan bagi orang miskin. Kerana itu, sesiapa mengeluarkannya selepas solat (Aidilfitri), maka ia merupakan salah satu sedekah dari sedekah-sedekah biasa.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibn Majah).
Waktu paling afdal zakat fitrah adalah sebelum solat Aidilfitri.
Dari Ibnu Umar r.a, Rasulullah SAW memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.” (Hadis riwayat Muslim). Tetapi pasti jangan kerana mengejar waktu afdal akhirnya kita tidak sempat membayar zakat kerana zakat yang dibayar selepas solat sunat Aidilfitri hanya seperti sedekah-sedekah biasa.
Lebih afdal jika Zakat fitrah di tunaikan di kawasan kita mencari rezeki

Berikut adalah bayaran zakat untuk 2012:

 
Lafaz Zakat Fitrah

Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.

Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi ………… pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.
 
Awak da bayar zakat fitrah?


Semoga bermanfaat. Terima kasih =)


1 comment:

  1. I favor the full list of goods, Pondered genuinely liked, We need details. for this, taking into consideration that it must be to some degree reasonable., Cheers a good deal when considering demonstrating.Help Poor People

    ReplyDelete