Sahabat
Saturday, April 13, 2013
~HANYA BILA TIANG ELEKTRIK ITU BERBUAH~
Dalam kesuraman
ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit
khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan nostalgia cinta lama yang kita
cpta berdua. Kehadiranmu bersama molekul2 hidrogen menerjah segala
kekusutan yang membelit tali pusat perutku. Dan kehadiranmu itu
mengajar aku erti rindu y bgelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,panda, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak ,rasong,cpazee dan burung belatok.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Rafeah Buang dan Kurt dan Cobain yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Marikh itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak pacat di Burma. Kau pergi jua ketika Malaysia sedang bersiap sedia untuk menyambut Hari Kemerdekaan y ke 53. Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada banjir kilat d Sarawak. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit kentut berdarah dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan.(Safety First) Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua kelam dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari magnat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan rabbit kesayanganku untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku bercakap2 dgn ikan peliharaanku spy aq tdk rsa kehilangan. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mee meggi untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor cicak kubing dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan Lady Gaga,bukan juga Britney Spear, Ultromen nexus atau Kesatria Baja Hitam. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok ciku ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada pusat kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Wings tetap ada, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment