Sahabat
Saturday, July 28, 2012
*Wanita*
"Sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang oleh lelaki."
Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa gunanya aku menjadi perhatian lelaki andai murka Allah ada di situ.
Apalah gunanya aku menjadi idaman banyak lelaki sedangkan aku hanya bisa menjadi milikmu seorang.
Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang bisa dimiliki sesuka hati.
Aku juga tidak mau menjadi penyebab kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat aku berikan.
Bagaimana akan kujawab di hadapan Allah kelak andai ditanya? Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?
Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki dan menghias peribadiku karena itulah yang dituntut oleh Allah.
Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?
Tidak kunafikan sebagai remaja, aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahwa aku perlu menjaga perasaan itu karena ia semata-mata untukmu.
Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi labuhan lelaki lain. Engkau berhak mendapat kasih yang tulen.
Diriku yang memang lemah ini telah diuji oleh Allah saat seorang lelaki ingin berkenalan denganku. Aku dengan tegas menolak, berbagai macam dalil aku kemukakan, tetapi dia tetap tidak berputus asa.
Aku merasa seolah-olah kehidupanku yang tenang ini telah dirampas dariku. Aku bertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristigfar memohon ampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Pemilik Segala Rasa Cinta melindungi diriku dari kejahatan.
Kehadirannya membuatku banyak memikirkan tentang dirimu. Kau kurasakan seolah-olah wujud bersamaku.
Di mana saja aku berada, akal sadarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang menggodaku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hatiku yang mengatakan lelaki itu bukan teman hidupku kelak.
Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.
Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain, dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.
Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam, juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam, atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam, yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.
Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Lauh Mahfuz, Allah pasti akan menanamkan rasa kasih dalam hatiku juga hatimu. Itu janji Allah.
Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan dibazirkan perasaan itu karena kita masih tidak mempunyai hak untuk membuat begitu.
Juga jangan melampaui batas yang telah Allah tetapkan. Aku takut perbuatan-perbuatan seperti itu akan memberi kesan yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak.
Permintaanku tidak banyak. Cukuplah engkau menyerahkan seluruh dirimu pada mencari redha Illahi.
Aku akan merasa amat bernilai andai dapat menjadi tiang penyangga ataupun sandaran perjuanganmu.
Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, mengulurkan tanganku untukmu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.
Akan kukeringkan darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itu impianku. Aku pasti berendam airmata darah, andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu kepadaku.
Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu karena dengan mencintai Allah, kau akan mencintaiku karena-Nya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.
Sumber :http://www.iluvislam.com
*********************************************************************************************
Jika rindu ini bertatah,aku harap biarlah untuk Allah.
Andai rindu ini menarik resah kepadaMu aku pasrah.
Andai pencarian ini masih belum kutemui,Ya Allah damaikanlah hati.
Biarlah resah menarik sepi.
Biarlah kecewa meratap pergi.Biarlah kasih mengikat diri.
Ya Muhaimin kepadaMu aku mengadu hati.
Serikanlah taman hati bukan pada fikirku tapi pada redhaMu.
*********************************************************************************
Wednesday, July 25, 2012
Tuesday, July 24, 2012
*Kecantikan Wanita*
Assalamualikum readers/bloggers
Fitrah manusia sukakan pada kecantikan terutamanya kaum wanita.. Dalam penjagaan kecantikan perempuan2 sering bukak blog untuk mencari tips dan perawatan serta penjagaan yang sesuai. Btol x?
Same thing goes to me.hiw2 =) . Anda2 yang tgh serabut duk wat keje, rilek2 baca blog tentang kecantikan pon ok kan..
Kecantikan luaran penting begitu jugak dengan dalaman, Di sini saya kongsikan pembacaan saya mengenai penjagaan kecantikan =). Bace yee.Any suggestions are welcomed. ^_______^
1. Jangan lupa lindungi kulit daripada cahaya matahari
Ini adalah amat penting. Tanpa bantuan krim yang dapat melindungi kulit kita daripada cahaya matahari ia tidak mampu menangkis pancaran sinar ultraviolet yang boleh merosakkan kulit.
2. Olahraga untuk kecergasan fizikal
Olahraga adalah kunci ke arah pengekalan kesihatan yang mutlak. Rutinnya dengan berolahraga ia dapat melancarkan peredaran darah, membantu membuang kotoran-kotoran (toksin) yang ada dalam tubuh anda dan melambatkan proses penuaan.
3. Jauhkan perkara-perkara yang boleh merugikan
Sebut sahaja rokok, kafein dan alkohol. Pasti sakit kepala memikirkan cara yang harus dilakukan untuk menghentikan tabiat mengambil benda-benda tersebut. Tapi percayalah selepas itu tubuh anda akan berterima kasih pada anda.
4. Kesihatan fizikal dan kecerdasan mental
Umumnya semua bersetuju sukan dapat menyihatkan tubuh dan membuat anda lebih cerdas. Oleh itu, rajinkanlah diri bersukan agar otak anda aktif bekerja.
5. Lingkaran hitam di mata
Terdapat sebahagian orang lahir dengan lingkaran seputar mata yang hitam. Bagi menghilangkannya, menurut Jenny Jordan, jurusolek dari England, "Consealor biasa tidak akan membantu masalah ini kerana bahannya yang terlampau keras dan ini menyebabkan lingkaran tersebut menjadi nyata, cari 'concealer' yang bertulis ‘lightweight’ atau light reflective’. Cara memakainya ialah dengan membuat titik-titik kecil di bawah mata kemudian ratakan perlahan-lahan".
6. Menambah tenaga
Kurang bertenaga di waktu pagi? Semburkan wangian yang mempunyai haruman lemon. Kerana tanpa disedari lemon dapat membangkitkan tenaga dan emosi kita.
7. Tidur adalah penting
Artis legendaris dari Perancis, Catherine Deneuve mengatakan, "Saya selalu cuba untuk menghargai keperluan asas saya iaitu tidur yang minima 8 jam sehari. Tidur merupakan salah satu ubat untuk kecantikan yang tidak dapat dinafikan".
8. Kulit sihat dan bercahaya
Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia banyak mengandungi enzim, mineral dan vitamin yang dapat menegang dan menghaluskan kulit anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat mencegah radikal bebas dan penuaan diri. Mulalah pagi anda dengan memakan buah-buahan dan segelas air putih yang akan membersih sistem metabolisme sebelum sarapan pagi.
9. Menebalkan bibir yang nipis
Untuk menjadikan bibir yang nipis supaya kelihatan tebal, setelah memakai lipstik merah biasa, goreskan lipstik putih (pear) hanya di tengah bibir bahagian bawah anda.
10. Masker untuk kulit berminyak
Lakukan perawatan wajah anda dengan masker sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lebih elok sekiranya menggunakan masker yang mengandungi bahan kaolin (bahan penyerap minyak).
11. Bibir seksi
Untuk mendapatkan bibir yang seksi, goreskan lip gloss di atas lipstik anda.
12. Urutan di kepala
Urutan di kepala dapat merangsang pertumbuhan rambut dan melancarkan peredaran darah di sekitar kepala. Lakukan selama 30 minit sehari.
13. Pembersih untuk kulit kering
Seelok-eloknya cuba elakkan menggunakan sabun pembersih wajah yang menggunakan sabun, kerana ia akan membuat kulit semakin kering. Pilihlah pembersih yang berbentuk krim atau susu pembersih yang dapat anda bersihkan dengan kapas basah atau tisu.
14. Alas bedak kekal lama
Supaya alas bedak kekal lama, sebaik-baiknya anda tidak menggunakan spons sewaktu meletakkan bedak di wajah. ini kerana spons akan menyerap cairan pada bedak tersebut. Ratakannya dengan menggunakan tangan anda sahaja.
15. Air putih
Air putih membantu membersihkan badan sekaligus menyegarkan. Setidak-tidaknya 1.5 liter (8 gelas) air dalam sehari, untuk mempertahankan kelembutan dan kehalusan kulit.
16. Hindari membersih wajah dengan air panas
Air panas akan membuat kulit menjadi kering. Sebaiknya bilas muka dengan air sejuk. Selain menegangkan kulit wajah, air sejuk juga dapat mengecilkan pori-pori.
17. Lipstik tahan lama
Cara supaya lipstik anda tahan lama adalah dengan menggunakan pelembab bibir yang disapukan secara rata. Kemudian bibir ditekap dengan tisu. Setelah itu sapukan kembali lipstiknya dan tekapkan lagi, lalu sapukan sekali lagi. Hasilnya pasti dijamin tahan lama.
*Just for sharing. Thanx readers for dropping by.Till then we stop here.Assalamualikum readers/bloggers
*Sedekah di bulan Ramadhan*
Assalamualaikum readers/bloggers..
Pengertian:
Sedekah adalah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu; suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap rida Allah SWT dan pahala semata.
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
Umat Islam amat digalakkan bersedekah. Pahala dan hikmah untuk orang bersedekah amatlah besar.
Sila baca hadis di bawah:
Hikmah 1:
Dari Abu Hurairah, sesungguhny ada seorang seseorg datang kepada Nabi S.A.W sambil mengadukan HATINYA YANG KERAS Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin" (HR Imam Ahmad)
*Jelas menyatakan amalan bersedekah dapat melembutkan hati yang keras
Hikmah 2:
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
*Ia menjadi penghapus dosa
Hikmah 3:
“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).
*Ia dapat mebersihkan harta dan jiwa manusia
*Just for sharing. Till then we stop here. Assalamualaikum readers/bloggers
Pengertian:
Sedekah adalah suatu pemberian yang diberikan oleh seorang Muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu; suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharap rida Allah SWT dan pahala semata.
Sedekah dalam pengertian di atas oleh
para fukaha (ahli fikih) disebut sadaqah at-tatawwu’ (sedekah secara
spontan dan sukarela). Sebenarnya ada pula arti sedekah yang lain.
Menurut mereka, istilah sedekah juga dapat searti dengan kata zakat,
yang berarti suatu harta wajib dikeluarkan oleh seorang Muslim pada
waktu tertentu dan dalam jumlah tertentu yang telah ditetapkan oleh
syariat (hukum Islam). Karena itu para fukaha sering menyebut istilah
zakat fitrah dengan sadaqah al-fitr.
Perkataan Ramadhan berasal dari kata dasar ‘ra-mim-dal’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.
Umat Islam amat digalakkan bersedekah. Pahala dan hikmah untuk orang bersedekah amatlah besar.
Sila baca hadis di bawah:
Hikmah 1:
Dari Abu Hurairah, sesungguhny ada seorang seseorg datang kepada Nabi S.A.W sambil mengadukan HATINYA YANG KERAS Nabi S.A.W bersabda maksudnya: "usaplah kepala anak yatim dan berilah makan orang miskin" (HR Imam Ahmad)
*Jelas menyatakan amalan bersedekah dapat melembutkan hati yang keras
Hikmah 2:
“Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api” (Hadis Riwayat At Tirmidzi)
*Ia menjadi penghapus dosa
Hikmah 3:
“Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa engkau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah maha mendengar lagi maha mengetahui” (At Taubah-103).
*Ia dapat mebersihkan harta dan jiwa manusia
********************************************************************************
Perhatikan kesenangan dan kemewahan yang kita ada dengan apa yang mereka ada:
Disaat kita sedang menyusun hidangan diatas meja utk berbuka,
mereka sibuk mencari secebis makanan diatas tanah utk makan.
Allahurabbi..ampunkan hambaMu ya Rabb
mereka sibuk mencari secebis makanan diatas tanah utk makan.
Allahurabbi..ampunkan hambaMu ya Rabb
**********************************************************************************
Monday, July 23, 2012
*Cinta*
Let us dig it =)
Fitrah boleh diertikan sebagai sifat semula jadi pada setiap
makhluk-Nya, yang inginkan kebaikan dan menghindari segala kemudaratan ketika
dilahirkan di dunia. Fitrah merangkumi seluruh aspek kehidupan, bermula dari
diri sendiri, kepada masyarakat, kepada makhluk yang lain sehinggalah kepada
hubungan manusia kepada Tuhan.
Fitrah bagaikan sehelai kain putih. Kelahirannya dalam keadaan suci dan
bersih. Fitrah manusia yang paling bersih apabila dia pertama kali dilahirkan,
manakala fitrah manusia yang paling suci apabila dia mengenal hubungannya
dengan Tuhan.
Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi
(instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan
dicintai adalah semulajadi . Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad
perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, makatentulah tidak salah
merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia
juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang
kerap dilanggar dan menyebabkan cinta menjadi fitnah.
Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini
penjelasannya:
1. Cinta mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan
“nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu
berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia
ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.
2. Cinta rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang,
lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta
jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding
terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang
kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan
kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta
rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang
tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an,
kerabat disebut al arham, dzawi al arham, yakni orang-orang yang memiliki
hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang
ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah
diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang
disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan
darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya
menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah
dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.
3. Cinta mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat
membara, sehingga mengambil seluruh perhatian hingga hal-hal lain
cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an
disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada
yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.
4. Cinta syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami,
orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad
syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak
menyadari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika
mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada
bujangnya, Yusuf.
5. Cinta ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan
norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega
membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut
term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang
tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).
6. Cinta shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku
penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika
mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha
yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika
tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan cerdik sungguh., wa
illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin
(Q/12:33).
7. Cinta syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari
hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan
bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat
kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat
Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila
liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah-Mu
dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan-Mu. Menurut Ibn al Qayyim al
Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq
(rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al
mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta,
hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi.
8. Cinta kulfah. yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran
mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang
menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu.
Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak
membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah
nafsan illa wus`aha (Q/2:286)
Aku bertanya pada alam semesta tentang erti CINTA,
lalu satu demi satu mereka menjawab…
Bumi menjawab:
“CINTA adalah hamparan tempat tumbuh segala bahagia dan harapan
akan itu. Ia memang dipijak dan dihinakan, tetapi ia tak peduli. Cinta hanya
memberi, dan itu sajalah keinginannya.”
Air menjawab:
“CINTA adalah hujan yang menumbuhkan benih-benih rasa kesukaan,
kerelaan akan kerinduan dan kesenduan, atau samudera kasih yang luas sebagai
naungan segala perasaan
Api menjawab:
“CINTA adalah panas yang membakar segala, ia memusnahkan untuk
dapat hidup dan menyala. Demi merasakannya, makhluk rela terbakar dalam amarah
dan kedurhakaan.”
Angin menjawab:
“CINTA adalah hembusan yang menebar sayang tanpa tahu siapa
tujuannya. Orang kata, ia buta, sebab itu inginnya. Ia tak kelihatan, tetapi
tanpanya segala jiwa akan hampa.”
Langit menjawab:
“CINTA adalah keluasan tanpa batas. Luasnya tiada makhluk yang
tahu. Kecuali cinta itu bahagia yang biru, atau derita kelam yang kelabu
Matahari menjawab:
“CINTA adalah hidup untuk memberi tenaga kehidupan dan cahaya
harapan. Ia tak akan jemu memberi sampai ia padam dan mati.”
Pohon menjawab:
“CINTA adalah akar yang menopang segalanya. Ia ikhlas sehingga tak
perlu dilihat dan dikenal. Tetapi ia terus memberi agar batang tetap
kukuh abadi, berbuah dan berbunga indah.”
Gunung menjawab:
“CINTA adalah rasa yang menjulang tinggi. Rasa itu tenang dan
menyejukkan. Namun saat gundah, Ia akan meleburkan sekelilingnya dengan lautan
lava cemburu yang membara.”
Akhir sekali, Aku bertanya pada CINTA itu sendiri:
“Wahai CINTA, apakah sebenarnya erti dirimu?”
CINTA menjawab:
“CINTA adalah engkau patuh terhadap-Nya, meskipun engkau tidak melihatNya.
Engkau tidak menciumNya atau merabaNya, tetapi engkau patuh kerana engkau
merasa akan hadirNya. Sebab CINTA bukan indera, tetapi adalah rasa.”
“CINTA adalah engkau takut akan amarah-Nya, dan takut jika Dia
meninggalkanmu. Takut jika Dia tidak menyukaimu lagi. Hingga engkau
mencari-cari alasan untuk selalu dekat dengannya, bahkan jika engkau harus
menderita, atau yang lebih mengerikan dari itu.”
“CINTA adalah engkau menyimpan segala harapan kepadaNya tidak pada
yang lain. Engkau tidak mendua dalam harapan, dan demikian selamanya. Cinta
adalah engkau setia menjadi hambaNya, yang engkau hidup untukNya dan mati untuk
RedhaNya akan dirimu, hidup dan mati untuk Dia. Engkau berusaha sekerasnya agar
engkau diakui, hanya sebagai hamba.”
“Diatas segalanya, CINTA adalah engkau merasa kasih sayang yang
tunggal yang tidak engkau berikan pada yang lain, selain kepadaNya. Engkau
rindu akan hadirNya dan melihatNya. Engkau suka apa yang Dia sukai dan benci
apa yang dia benci, engkau merasakan segala ada padaNya dan segala atas
namaNya.”
Aku bertanya lagi pada CINTA:
“Dapatkah aku merasakannya?”
Sambil berlaru CINTA menjawab:
“Selama engkau mengetahui hakikat penciptaanmu dan bersyukur
dengan apa yang Dia berikan, maka itu semua akan engkau rasakan, percayalah
padaku….”
Aku pun Berteriak, “Wahai Tuhan Yang Maha Pencinta, terimalah
cintaku yang sederhana ini, izinkanlah aku merasakan cintaMu yang Maha Indah
*******Cintailah Allah, Maka Seluruh Alam Akan
MencintaiMu*********
Subscribe to:
Comments (Atom)
