Sahabat

Tuesday, July 24, 2012

*Kecantikan Wanita*


Assalamualikum readers/bloggers


Fitrah manusia sukakan pada kecantikan terutamanya kaum wanita.. Dalam penjagaan kecantikan perempuan2 sering bukak blog untuk mencari tips dan perawatan serta penjagaan yang sesuai. Btol x?
Same thing goes to me.hiw2 =) . Anda2 yang tgh serabut duk wat keje, rilek2 baca blog tentang kecantikan pon ok kan..
Kecantikan luaran penting begitu jugak dengan dalaman, Di sini saya kongsikan pembacaan saya mengenai penjagaan kecantikan =). Bace yee.Any suggestions are welcomed.    ^_______^

1. Jangan lupa lindungi kulit daripada cahaya matahari
Ini adalah amat penting. Tanpa bantuan krim yang dapat melindungi kulit kita daripada cahaya matahari ia tidak mampu menangkis pancaran sinar ultraviolet yang boleh merosakkan kulit.

2. Olahraga untuk kecergasan fizikal
Olahraga adalah kunci ke arah pengekalan kesihatan yang mutlak. Rutinnya dengan berolahraga ia dapat melancarkan peredaran darah, membantu membuang kotoran-kotoran (toksin) yang ada dalam tubuh anda dan melambatkan proses penuaan.

3. Jauhkan perkara-perkara yang boleh merugikan
Sebut sahaja rokok, kafein dan alkohol. Pasti sakit kepala memikirkan cara yang harus dilakukan untuk menghentikan tabiat mengambil benda-benda tersebut. Tapi percayalah selepas itu tubuh anda akan berterima kasih pada anda.

4. Kesihatan fizikal dan kecerdasan mental
Umumnya semua bersetuju sukan dapat menyihatkan tubuh dan membuat anda lebih cerdas. Oleh itu, rajinkanlah diri bersukan agar otak anda aktif bekerja.

5. Lingkaran hitam di mata
Terdapat sebahagian orang lahir dengan lingkaran seputar mata yang hitam. Bagi menghilangkannya, menurut Jenny Jordan, jurusolek dari England, "Consealor biasa tidak akan membantu masalah ini kerana bahannya yang terlampau keras dan ini menyebabkan lingkaran tersebut menjadi nyata, cari 'concealer' yang bertulis ‘lightweight’ atau light reflective’. Cara memakainya ialah dengan membuat titik-titik kecil di bawah mata kemudian ratakan perlahan-lahan".

6. Menambah tenaga
Kurang bertenaga di waktu pagi? Semburkan wangian yang mempunyai haruman lemon. Kerana tanpa disedari lemon dapat membangkitkan tenaga dan emosi kita.

7. Tidur adalah penting
Artis legendaris dari Perancis, Catherine Deneuve mengatakan, "Saya selalu cuba untuk menghargai keperluan asas saya iaitu tidur yang minima 8 jam sehari. Tidur merupakan salah satu ubat untuk kecantikan yang tidak dapat dinafikan".

8. Kulit sihat dan bercahaya
Banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia banyak mengandungi enzim, mineral dan vitamin yang dapat menegang dan menghaluskan kulit anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran juga dapat mencegah radikal bebas dan penuaan diri. Mulalah pagi anda dengan memakan buah-buahan dan segelas air putih yang akan membersih sistem metabolisme sebelum sarapan pagi.

9. Menebalkan bibir yang nipis
Untuk menjadikan bibir yang nipis supaya kelihatan tebal, setelah memakai lipstik merah biasa, goreskan lipstik putih (pear) hanya di tengah bibir bahagian bawah anda.

10. Masker untuk kulit berminyak
Lakukan perawatan wajah anda dengan masker sekurang-kurangnya seminggu sekali. Lebih elok sekiranya menggunakan masker yang mengandungi bahan kaolin (bahan penyerap minyak).

11. Bibir seksi
Untuk mendapatkan bibir yang seksi, goreskan lip gloss di atas lipstik anda.

12. Urutan di kepala
Urutan di kepala dapat merangsang pertumbuhan rambut dan melancarkan peredaran darah di sekitar kepala. Lakukan selama 30 minit sehari.

13. Pembersih untuk kulit kering
Seelok-eloknya cuba elakkan menggunakan sabun pembersih wajah yang menggunakan sabun, kerana ia akan membuat kulit semakin kering. Pilihlah pembersih yang berbentuk krim atau susu pembersih yang dapat anda bersihkan dengan kapas basah atau tisu.

14. Alas bedak kekal lama
Supaya alas bedak kekal lama, sebaik-baiknya anda tidak menggunakan spons sewaktu meletakkan bedak di wajah. ini kerana spons akan menyerap cairan pada bedak tersebut. Ratakannya dengan menggunakan tangan anda sahaja.

15. Air putih
Air putih membantu membersihkan badan sekaligus menyegarkan. Setidak-tidaknya 1.5 liter (8 gelas) air dalam sehari, untuk mempertahankan kelembutan dan kehalusan kulit.

16. Hindari membersih wajah dengan air panas
Air panas akan membuat kulit menjadi kering. Sebaiknya bilas muka dengan air sejuk. Selain menegangkan kulit wajah, air sejuk juga dapat mengecilkan pori-pori.

17. Lipstik tahan lama
Cara supaya lipstik anda tahan lama adalah dengan menggunakan pelembab bibir yang disapukan secara rata. Kemudian bibir ditekap dengan tisu. Setelah itu sapukan kembali lipstiknya dan tekapkan lagi, lalu sapukan sekali lagi. Hasilnya pasti dijamin tahan lama.

*Just for sharing. Thanx readers for dropping by.Till then we stop here.Assalamualikum readers/bloggers

No comments:

Post a Comment