Sahabat

Wednesday, January 2, 2013

*recover*

Assalamualaikum..

RECOVER...
setiap orang ada pengalaman sedih dan gembira..
pasti yang sedih nak di lupakan..
yang gembira nak di semat sebagai memori..
namun sebagai insan <---pelupa..
apakan daya untuk melupakan payah..
 melainkan ingatan tu Allah takdirkan boleh di eliminate dari fikiran kita..
DOA..
pengalaman yang memilukan..
bila kita di khianati..
TRAUMA..
seolah2 menjadi satu trauma sehingga perkara yang berkaitan takut didekati..
takut di ulangi terhadap insan lain..
INGIN..
to blemish the sad memories..
BERPURA-PURA..
berapa ramai yang berani menghadapi trauma..
menghadapi ketakutan..
sehingga dia tidak pernah menyangka keberanian itu sebenarnya hanya pura-pura..
HANCUR..
kesedaran itu mula terbit bila kita terpaksa menghadapi dan dalam situasi kita menceritakan hal itu semula..
terngenang air mata..dan hati mula berbicara dengan bisikan syayatin..mengapa itu berlaku..mengapa ini berlaku..
Astagfirullah..
SEDAR..
sebenarnya dan hakikat..kita tidak mampu recover dari sesuatu kedukaan..
melainkan menjadikan ia sebahagian dari kehidupan..dan biarkan ia berlalu..
tiada guna untuk penyesalan..
CAMPAK..
semakin kuat ingin mencampakkan segalanya..
semakin kuat ia berbicara lunak di dasar hati..
untuk apa ingatan itu??
Allah menguji sejauh  mana keimanan mu..
kamu redha dan bersabar..
dunia hanya permainan..
dan masa itu berlalu dengan pantas..
carilah kehidupan hakiki..
janji Allah itu pasti..
mustahil kita dapat melupakn kesedihan sekalipun kita memaafkan..
pandanglah segala ujian dari sudut kasih sayang ALLAH..
kerana ia hanyalah CERITA dunia..


No comments:

Post a Comment